PolitikUncategorized

Gus Dur dan kisah tiga jenis syaitan

Abdurrahman Wahid atau lebih mesra dengan panggilan Gus Dur, menjadi Presiden Indonesia keempat dari 1999 hingga 2001 terkenal dengan kisah-kisah lucu.

Pemimpin parti Nahdatul Ulama yang meninggal pada tahun 2009 itu sering bercerita kisah lucu tetapi mempunyai pengajaran kepada orang ramai.

Dalam sebuah obrolan santai, Gus Dur kala itu mengungkapkan ternyata di dunia ini ada tiga jenis syaitan. Sahabat-sahabat ngobrolnya penasaran menunggu penjelasan Gus Dur.

Pertama, kata Gus Dur ialah syaitan yang sejenis jin, cara mengusirnya cukup dibacakan ayat kursi, maka kaburlah mereka! Kedua, yang jenisnya tidak jelas, tetapi jika dilempar kursi, pasti kabur juga.

Dan yang ketiga, menurut Gus Dur, jenis syaitan ini tidak takut dilempar kursi. Justeru mereka berebut kursi.

“Syaitan Senayan namanya,” seloroh Gus Dur. Kisah itu sampaikan oleh Nuruddin Hidayat, santri Gus Dur asal Kudus, Jawa Tengah

Sumber: https://www.nu.or.id/post/read/100001/gus-dur-dan-tiga-jenis-setan

Syaitan Senayan adalah merujuk wakil rakyat yang bersidang di Parlimen di Senayan, atau lebih mudah difahami ialah syaitan politik.

Perebutan kerusi yang berlaku sebaik sahaja pengumuman Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Shafie Apdal mengingatkan penulis kepada jenaka itu.

Bersatu parti paling kecil di dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan baru sahaja bertapak di Sabah paling awal mengumumkan bakal bertanding 45 daripada 73 kerusi.

Bermakna bakinya hanya tinggal 28 kerusi untuk UMNO dan parti komponen lain di dalam PN.

Bersatu mahu tanding 45 daripada 73 kerusi di PRN Sabah

Sedangkan pada Pilihan Raya Kecil Kimanis tempoh hari ketika Bersatu berada di dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH), kehadiran mereka tidak memberi impak langsung.

Bahkan Warisan yang dipimpin oleh Shafie terpaksa bertungkus-lumus menentang Barisan Nasional (BN) atau khususnya UMNO mempunyai pengaruh cukup besar dan jentera yang kemas.

Melihat kepada gerak kerja semasa pilihan raya kecil dan kemenangan UMNO di Sabah pada pilihan raya umum lalu sebelum dirompak oleh gerombolan Shafie, tonggak BN itu harus diberi kerusi yang lebih.

Bersatu Sabah jangan mimpi tanding 45 kerusi

Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan berkata, tindakan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan parti itu mahu bertanding 45 kerusi bukanlah satu cara untuk bersahabat dengan UMNO.

Jelas beliau, tindakan Hajiji itu juga bukanlah satu langkah yang berlandaskan kebijaksanaan atau keikhlasan.

“Cadangan kepada PPBM Sabah: Kalau nak bersahabat dengan UMNO, buat cara bersahabat. Kita boleh berbincang.

“Kita boleh berunding. UMNO Sabah punyai autonomi menentukan hal calon dan kerusi yang ditandingi. Tetapi kalau sebelum berunding pun PPBM sudah ghairah mengiklan hasrat bertanding 45 daripada 73 kerusi, itu bukan langkah berlandaskan kebijaksanaan atau keikhlasan,” tegas Shahrir.

Kelebihan memang ditangan PN, tetapi jika sikap yang dipamerkan oleh para pemimpinnya sejak awal lagi tidak gemar untuk bersepakat, maka ia akan menjadi titik tolak kepada perpecahan.

Perpecahan ini akan membawa kepada sabotaj demi sabotaj sesama sendiri dan akhirnya pihak lawan yang akan menangguk di air yang keruh.

Jadi duduklah berbincang dengan cara yang baik dan jangan jadi syaitan politik yang memecah-belahkan muafakat serta perikatan.

Lebih buruk lagi menimbulkan rasa jelak rakyat. – SM

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
error: Isi kandungan ini di lindungi dari Copy & Paste !!
Close
Close