NegeriPolitik

Tiada tindakan boleh diambil terhadap ahli PKR keluar parti – Haniza

BEKAS Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Haniza Mohd. Talha yakin tidak ada tindakan boleh diambil terhadapnya dan 18 lagi wakil rakyat PKR yang dikatakan berdepan dengan surat tuntutan RM10 juta daripada parti itu kerana didakwa berpaling tadah.

Memetik laporan FMT, Adun Lembah Jaya itu berkata, tuntutan terbabit juga bersifat ultra vires iaitu melangkaui bidang kuasa.

“Saya nampak tindakan tersebut seperti ultra vires yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak kebebasan kepada mana-mana warganegara untuk menganggotai mana-mana pertubuhan yang berdaftar.

“Kita akan meneliti apakah saman yang dikenakan dan kita sudah bersedia dengan peguam untuk mengambil tindakan seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Korban Persatuan Suri dan Anggota Bomba Wanita Perak Bersama Nation Of Woman (NOW) Perak serta Kempen Keselamatan Kebakaran di balai bomba Meru Raya, Ipoh, Perak, hari ini.

Haniza yang merupakan presiden NOW diminta mengulas laporan media Rabu lalu yang memetik kenyataan Bendahari Agung PKR Lee Chean Chung bahawa parti itu akan mengeluarkan surat tuntutan kepada 19 Ahli Parlimen dan Adun PKR yang keluar parti agar masing-masing membayar pampasan RM10 juta kepada parti.

Haniza juga berkata, beliau tidak keluar parti tetapi dipecat, selain dakwaan lompat parti adalah tidak benar kerana beliau merupakan Adun Bebas.

“Sekiranya saya menganggotai pertubuhan selain PKR, itu (juga) tidak menyalahi perlembagaan persekutuan,” katanya. – SM

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
error: Isi kandungan ini di lindungi dari Copy & Paste !!
Close
Close