Politik

Bersatu mahu tanding 45 daripada 73 kerusi di PRN Sabah

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan meletakkan calon di 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Hasrat tersebut disuarakan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu kenyataan hari ini.

“Kita sudah bersiap-sedia dan mengenal pasti 45 kerusi DUN yang akan ditandingi calon Bersatu,” katanya,

Menurut beliau, Bersatu Sabah akan bermesyuarat minggu depan mengenai persiapan jentera parti di setiap kawasan DUN Sabah.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu Bersatu menang sembilan daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri.


Sebanyak 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan diadakan tidak lama lagi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, sebanyak 60 kerusi DUN dipertandingkan, namun pada Julai tahun lepas Dewan Rakyat meluluskan usul tambahan 13 kerusi DUN Sabah, menjadikan kedudukan semasa 73 kerusi .

Tiga belas DUN berkenaan ialah N02 Bengkoka; N06 Bandau; N08 Pintasan; N13 Pantai Dalit; N17 Darau; N24 Tanjung Keramat; N27 Limbahau; N44 Tulid; N47 Telupid; N51 Sungai Manila; N58 Lamag; N61 Segama dan N70 Kukusan.

 

PRN Sabah diadakan selepas Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan pembubaran DUN pada Khamis lalu, beberapa jam selepas bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman mendakwa blok pembangkang memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baharu.-SM

(Visited 52 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button