Politik

Kenyataan Hamid terlambat, bersuara ketika kontrak KPN berakhir

KENYATAAN Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador yang meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat unsur rasuah berhubungan perbuatan melompat parti di negara ini disifatkan sebagai amat serius tetapi agak terlambat.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, dakwaan kaitan rasuah dengan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perikatan Nasional amat serius kerana ia dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara sendiri.

Katanya, kenyataan Abdul Hamid itu mengesahkan tanggapan umum bahawa Kerajaan PN terpalit dengan pelbagai aktiviti jual-beli pemimpin politik untuk terus kekal berkuasa ketika rakyat sedang bertarung nasib untuk kelangsungan hidup mereka seharian.

Bagaimanapun menurut Asyraf Wajdi, tindakan Ketua Polis Negara yang hanya bersuara ketika diambang kontrak berakhir sebagai terlambat.

Jelasnya, aktiviti melompat parti bukan baru berlaku sebaliknya berleluasa selepas Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum ke-14.

“Rasuah yang terkait dengan lompat parti sudah bermula di zaman PH apabila ramai yang diugut dan ditekan dengan pelbagai kes mahkamah, cukai bahkan ditawar dengan pelbagai ganjaran untuk lompat parti menyertai PPBM bagi perkukuh Kerajaan PH.

“Diteruskan pula di zaman PN apabila ramai disucikan daripada pendakwaan dan penyiasatan bahkan secara terang-terangan merealisasikan agenda ‘Scheme of Thing’ yang dikaitkan dengan audio pemimpin tertinggi Kerajaan PN dengan pelbagai tawaran kedudukan dan posisi penting kabinet dan GLC,” kata Asyraf Wajdi.

Baimanapun menurut Asyraf Wajdi masih belum terlambat untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) megambil tindakan tanpa rasa takut dan gentar terhadap pihak berkenaan.

SPRM perlu menyelamatkan negara untuk mengelakkan persepsi buruk bukan sahaja daripada rakyat tetapi juga masyarakat antarabangsa.

“Sebelum nasi menjadi bubur amat wajar sekali pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan segera dan serius withoit fear or favour bagi menyelamatkan Negara daripada berterusan dirundung persepsi buruk bukan sahaja rakyat tetapi masyarakat antarabangsa betapa bobroknya budaya rasuah politik yang mampu menjahanamkan Malaysia tercinta,” kata Asyraf Wajdi.

Dalam sidang media terakhirnya sebagai Ketua Polis Negara semalam, Abdul Hamid berkata, dia menentang rasuah dalam PDRM namun pemimpin politik telah membudayakan rasuah.

“Saya lawan rasuah dalam pasukan, tapi saya tengok rasuah merata-rata dalam politik mabuk kuasa.

“Sekejap ‘katak’ melompat sana, sekejap berbunyi sana, apa itu? Rasuah,” katanya.

Abdul Hamid berkata SPRM tidak boleh membiarkan perkara itu berleluasa umpama negara tidak mempunyai undang-undang.

“Saya minta SPRM masuk (siasat). Seolah-olah dalam negara kita tidak ada undang-undang,” katanya.-SM

(Visited 387 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button