Politik

Hari pertama bertugas, Ismail disindir Najib

Cabaran besar menanti Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Timbalan Perdana Menteri.

Hari pertama bertugas beliau telah disindir oleh Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memastikan tidak ada pihak yang membuka pintu belakang.

Walaupun ia kelihatan sebagai satu jenaka tetapi bekas perdana menteri yang popular dengan panggilan Bossku itu melontar sindiran yang sangat tajam.

Ini adalah kerana sebelum ini Ismail pernah membuat hantaran berhubung isu pintu yang menggambarkan terdapat menteri kabinet yang enggan memenuhi permintaannya supaya pelaksanaan PKP dengan lebih tegas dilaksanakan.

“Hari ini first day Ismail Sabri Yaakob menjawat secara rasmi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Selamat bertugas.

“P.S. Jangan benarkan orang lain buka pintu belakang lagi,” kata Najib.

(Visited 1,029 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button