Politik

Agong mahu Ramadan jadi permulaan politik yang beradab

YANG di-Pertuan Agong mahu agar kehadiran bulan Ramadan yang mulia menjadi titik yang baik ke arah penambahbaikan landskap politik yang lebih bersih, beradab dan berintegriti.

Serentak itu, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar ahli-ahli politik perlu menjadi role model atau suri tauladan kepada rakyat dari sudut penyatuan dan urus tadbir negara dengan baik.

Ahli Politik juga diminta supaya merapatkan saf berganding bahu memerangi penularan wabak Covid-19. Nasihat itu disampaikan Al-Sultan Abdullah dalam titah ucapan sempena ketibaan bulan Ramadan.

Menurut Pengelola Bijiya Diraja Datuk Indera Ahmad Fadli Shamuddin, Baginda menasihati ahli-ahli politik supaya memberi fokus dan menunaikan tanggungjawan serta amanah dalam membantu rakyat yang amat terkesan akibat wabak Covid-19.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa sebuah kerajaan yang teguh merupakan prasyarat utama untuk kestabilan politik, pengukuhan ekonomi dan pembangunan negara yang lestari.


“Pada ketika ini rakyat masih bergelut dengan wabak Covid-19, kestabilan politik amat penting untuk menarik pelabur asing dan domestik bagi merangsang pemulihan ekonomi negara,” kata Ahmad Fadzil.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara hari ini, Baginda turut memberi jaminan kepada rakyat bahawa sistem pilihan raya berparlimen di bawah pentabiran Raja Berpelembangaan akan terus dipelihara.

Al-Sultan Abdullah turut berpandangan keutamaan perlu diberikan kepada usaha membasmi Covid-19 dalam tempoh darurat sehingga Ogos ini.

Sementara itu, Baginda menyeru umat Islam mengaut keberkatan di bulan Ramadan dan meneguhkan lagi ketakwaan dalam diri serta memperbanyakkan amalan soleh.

Yang di-Pertuan Agong turut bertitah supaya penganjuran majlis-majlis sepanjang bulan Ramadan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan perintah yang ditetapkan oleh kerajaan.

Al-Sultan Abdullah juga menasihati umat Islam khususnya petugas di barisan hadapan supaya terus tabah menjalani ibadah puasa dalam suasana dan tatacara kebiasaan baharu dalam usaha untuk memutuskan rantaian penularan Covid-19.-SM

 

(Visited 71 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button