Politik

Rani Kulup pilih Putra, jadi Ketua Bahagian Bandar Tun Razak

Aktivitis NGO Abdul Rani Kulup yang selama ini tidak menyertai mana-mana parti parti politik akhirnya memilih Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) sebagai wadah perjuangan.

Abdul Rani sebelum ini pernah dilamar oleh parti politik lain untuk menyertai mereka tetapi ditolaknya secara baik.

“Semua mereka adalah sahabat dan kawan. Saya terlibat dengan NGO pada akhir tahun 1990-an. Dari situ saya mengenali dan mendekati pemimpin dari PKR, UMNO, Pas dan DAP.

“Malah, semua mereka pernah mempelawa saya menyertai parti mereka, tetapi saya memilih untuk berkhidmat secara sukarela dalam NGO,” katanya.

Abdul Rani yang dikenali dengan panggilan Ayahanda Rani telah dilantik sebagai Ketua Bahagian Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Bandar Tun Razak semalam.

Pelantikan itu diumumkan Presiden Putra, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali dalam satu majlis pelancaran Putra Bahagian Bandar Tun Razak di sebuah hotel malam tadi.

Abdul Rani yang merupakan Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) berkata, beliau memilih Bahagian Bandar Tun Razak dan menyerahkan kepada Presiden Putra sama ada akan mencalonkannya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.-SM

(Visited 682 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button