Nasional

Kenduri Menu Rahmah di Parlimen

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghadiri Kenduri Menu Rahmah di Dewan Serbaguna, Parlimen.

Menu Rahmah adalah inisiatif terbaru Kerajaan dalam membantu dan mengurangkan kos sara hidup rakyat terutama golongan yang memerlukan untuk mendapatkan makanan bermasak yang seimbang pada harga RM5 dan ke bawah.

Ia adalah inisiatif swasta  atau inisiatif yang dipelopori oleh pengusaha makanan atau syarikat swasta secara sukarela.

Sebanyak 14 pemain industri termasuk persatuan-persatuan penyedia makanan yang menawarkan Menu  Rahmah telah berjaya dikumpulkan di dalam majlis kenduri tersebut.

Antara industri dan persatuan yang menyertai majlis kenduri ini adalah Mydin, AEON Big, Persatuan Pengusaha Restoran India Muslim, Pertubuhan Sahabat Tom Yam Prihatin Se-Malaysia, PLUS Berhad, Marry Brown Sdn Bhd, Old Town White Coffee, McDonald’s Malaysia, Burger King, A & W Malaysia, Texas Chicken Malaysia, Bubblebee, Mios Kitchen dan Temerloh Catering Sdn. Bhd.

Seramai 2,500 jemputan telah menghadiri kenduri Menu Rahmad pada hari ini. – SM

(Visited 245 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button