Nasional

Seniman Rahman B meninggal dunia

TOKOH Seniman Negara, Abdul Rahman Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Rahman B, 87, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 4.33 petang semalam.

Berita pemergian Rahman B dimaklumkan cucunya, Hussein Abdul Salam.

“Jenazah akan dibawa dari HKL ke Masjid Jamek Kampung Baru untuk dimandi dan dikafankan. Setelah itu, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang selepas Zohor esok,” katanya ketika dihubungi BERNAM malam tadi.

Dilahirkan pada 18 Mei 1935 di Kapar, Klang, Rahman B merupakan penerima Anugerah Seniman Negara 2004.

Allahyarham berkecimpung dalam dunia bangsawan sejak berusia lapan tahun iaitu bermula awal 1940-an dan mewarisi darah seni yang dimiliki ibu bapanya yang juga penggiat bangsawan, Abu Bakar Saleh dan Kasminah Taib. – SM

 

(Visited 124 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button