Nasional

Menu Rahmah kurangkan inflasi makanan

INISIATIF Menu Rahmah telah mengurangkan inflasi untuk makanan di luar rumah buat kali pertama sejak Ogos 2021, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Beliau berkata inflasi untuk makanan di luar rumah telah menurun daripada 9.6 peratus kepada 9.3 peratus sejak inisiatif itu diperkenalkan pada Januari.

Salahuddin berkata inisiatif itu juga telah meningkatkan jualan syarikat yang mengambil bahagian sebanyak 25 hingga 30 peratus.

“Sebab itu mereka (syarikat) menamakan inisiatif Menu Rahmah ini sebagai penarik orang ramai. Keuntungan dalam jumlah itu menjadi tarikan (untuk syarikat menyertai) dan ia memberi keuntungan kepada syarikat,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Menu Rahmah di restoran KFC dan Pizza Hut Wangsa Maju di sini hari ini.

Salahuddin berkata KFC dan Pizza Hut milik QSR Brands menjadi syarikat ke-3,000 menyertai inisiatif Menu Rahmah.

“Ini membuktikan inisiatif ini telah menambat hati pemain industri yang membiarkan sebahagian daripada keuntungan mereka dikembalikan kepada rakyat,” katanya.

Susulan kejayaan inisiatif Rahmah secara umumnya, Salahuddin turut mengumumkan konsortium pemain industri akan ditubuhkan bagi menambah baik inisiatif itu.

Salahuddin berkata kementerian tidak menerima sebarang aduan mengenai kenaikan harga atau kekurangan bekalan gula pasir kasar dan halus sejak kerajaan membenarkan dua syarikat pengeluar gula tempatan memasarkan gula putih bertapis. -SM

Baca juga : Surat arahan tonton filem Anwar: The Untold Story palsu

(Visited 197 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button