NasionalNegeri

Hubungan Perlis-Thai rapat khususnya Majlis Agama Islam, komuniti muslim – Raja Muda

PERLIS dan Thailand mempunyai hubungan yang sangat rapat khususnya dengan Majlis Agama Islam serta komuniti Muslim di enam Wilayah Andaman di Selatan Thailand.

Ia melibatkan seperti Wilayah Satun, Trang, Krabi, Phuket, Phang Nga dan Ranong selain daripada Songkhla.

Difahamkan pada ketika ini terdapat kira-kira 6,000 rakyat Thailand yang tinggal di Perlis.

Lebih kurang 600 daripada mereka bekerja di kawasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) di sekitar negeri ini yang terdiri daripada Felda Chuping, Felda Mata Air dan juga Felda Rimba Mas.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada majlis menerima mengadap Timbalan Gabenor Wilayah Trang, Skull Dumrongkiatkul yang memangku jawatan sebagai Gabenor Wilayah Trang.

Turut sama Komander Polis Wilayah Trang, Chaowalit Leangsupong dan Ketua Pejabat Gabenor Trang, Anatthaua Thaweewong, Datuk Bandar Majlis Perbandaran Trang, Sanya Sriwichian dan Presiden Pusat Islam Wilayah Trang, Ahmad Kodem.

Baginda berkenan bersantap malam dengan tetamu berkenaan di Hotel Rhua Rasada, Trang, Thailand.

Tuanku Syed Faizuddin Putra juga berkenan mengetuai Progam Ziarah Mahabbah Tuanku Raja Muda Perlis selaku Yang Di Pertua (YDP) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Bersama Delegasi Jawatankuasa Pengurusan Zakat dan Lembaga Pengarah Akademi Transformasi Asnaf MAIPs ke Wilayah Trang, Thailand dari 6 hingga 8 Oktober.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda Baginda, Sharifah Farah Adriana Jamalullail. – SM

(Visited 41 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button