Politik

Kemasukan Gerakan perkukuhkan PN – Muhyiddin

KEMASUKAN Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) ke dalam Perikatan Nasional diterima dan diluluskan secara sebulat suara oleh Majlis Tertinggi Perikatan Nasional.

Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddn Mohd. Yassin, beliau amat mengalu-alukan penyertaan Gerakan KE dalam Perikatan Nasional.

Menurutnya, kemasukan Gerakan dalam Perikatan Nasional akan memperkukuhkan parti itu.

“Saya percaya langkah ini akan memperkukuhkan PN sebagai gabungan parti-parti politik yang mewakili masyarakat pelbagai kaum dan wilayah di Malaysia.

“PN akan terus komited untuk membina negara Malaysia yang aman, maju, makmur dan stabil,” katanya.

Beliau hari ini menyerahkan surat penerimaan kemasukan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) sebagai parti anggota Perikatan Nasional (PN) kepada Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau.

Gerakan mengumumkan keluar Barisan Nasional (BN) pada 23 Jun 2818 iaitu sebulan selepas BN kalah dalam Pilihan Rakay ke-14 untuk menjadi parti bebas yang konstruktif.

“Keputusan ini dibuat selepas perbincangan, penelitian dan pertimbangan yang menyeluruh dan serius terhadap perkembangan politik semasa negara pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Sentimen dan maklum balas daripada akar umbi juga diambil kira dalam keputusan ini, pemilihan parti di peringkat cawangan sedang berlangsung di seluruh negara. Ia selaras dengan matlamat kami untuk menyatukan parti dan ahli,” kata Gerakan dalam satu kenyataan pada masa itu.

Menurut kenyataan itu, GERAKAN wajar memulakan perjalanan politik baharu dengan kebebasan, pemerkasaan dan ketegasan untuk memperjuangkan kepercayaan terbaik demi negara dan rakyat.-SM

 

 

 

 

(Visited 207 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button