Politik

Speaker DUN Johor perlu letak jawatan

DATUK Puad Zarkashi ditulisan terkini beliau di FB, menyatakan bahawa Hari Gelap Kehakiman Negara sudah tiba. Sebelum ini, Puad meminta Peguam Negara meletakkan jawatan.

Puad juga nyatakan bahawa “Rakyat menuntut pembaharuan terhadap Institusi Kehakiman dan Pendakwaan Negara.”

Netizen dan Rakyat merasakan Puad Zarkashi tidak sesuai memegang jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor dan perlu meletakkan jawatan segera.

Kerana sebagai seorang Speaker DUN Johor, seseorang itu perlu bersikap Neutral (tidak berpihak) kepada mana-mana parti politik ataupun Isu.

Seorang Speaker juga perlu menghormati Doctrine of Separation of Power (doktrine pembahagian kuasa) antara Executive, Legislature dan Judiciary.

Puad Zarkashi sebagai Speaker DUN Johor merupakan seorang Legislature dan perlu menghormati Cabang lain iaitu Judiciary (Kehakiman).

Puad tidak boleh kelihatan menyerang dan mengkritik Badan Kehakiman dan Peguam Negara secara berterusan.

Ini memberikan persepsi amat negatif terhadap Kerajaan Persekutuan, Dato’ Sri Ismail Sabri.

Sekiranya, Puad Zarkashi mahu berterusan mengeluarkan pandangan sedemikian, adalah lebih baik Puad meletakkan jawatan Speaker terlebih dahulu dan jadi Ahli Politik sepanjang masa. – SM

(Visited 268 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button