NasionalPolitikPRK

Selamat mengundi penduduk Tanjung Piai

PENDUDUK Tanjung Piai akan keluar mengundi bagi menentukan wakil rakyat mereka hari ini.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 52,698 pengundi layak melaksanakan tanggungjawab mereka bermula pukul 8 pagi ini.

Kerusi Parlimen Tanjung Piai kosong berikutan penyandangnya,  Datuk Dr. Md Farid Md. Rafik meninggal dunia pada 21 September lalu.

Setakat ini, cuaca di Tanjung Piai dilaporkan dalam keadaan baik dan pengundi dinasihatkan supaya keluar awal untuk mengundi.

Proses pengundian akan berlangsung di 27 pusat daerah mengundi membabitkan Dewan Undangan Negeri Kukup dan Pekan Nanas.

Enam calon yang bertanding adalah Karmaine Sardini (Pakatan Harapan), Datuk Seri Wee Jeck Seng (Barisan Nasional), Wendy Subramaniam (Gerakan), Datuk Dr. Ir. Badrulhisham Abdul Aziz (Berjasa) serta dua calon Bebas iaitu Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar.

(Visited 86 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button