JenayahNasionalNegeri

Benih kerang bernilai RM20,000 diselamat dari diseludup ke Thailand

SEMPAT diselamatkan, jika tidak 37 guni benih kerang seberat 30 kilogram (kg) yang bernilai RM20,000 sudah diseludup masuk ke negara jiran, Thailand.

Bagaimanapun suspek bersama dengan sebuah bot cabut lari setelah menyedari kehadiran Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis.

Anak benih kerang yang berjaya diselamatkan dari diseludup ke Thailand. – Gambar Zon Maritim Kuala Perlis

Benih berkenaan ditinggalkan dalam keadaan berlonggok di muara Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis pada awal pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain berkata, pihaknya telah mendapat maklumat mengenai aktiviti penyeludupan benih kerang di sekitar perairan Kuala Perlis.

“Dalam rondaan Op Aman, Op Tiris 3.0 dan Op MARDOF ini, pasukan Maritim Malaysia telah menemui lokasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan media.

Sebaik sampai, katanya, suspek bersama bot telah melarikan diri tetapi meninggalkan 37 guni berisi benih kerang.

Mohd Hashim berkata, benih kerang yang dianggarkan bernilai RM20,00 itu dibawa masuk ke Jeti Operasi Zon Maritim Kuala Perlis dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985, Seksyen 8 (a) iaitu mana-mana orang yang mengusahakan apa-apa aktiviti penangkapan ikan, mengendali, atau membenar dikendalikan, di perairan perikanan Malaysia apa-apa vesel penangkapan ikan tempatan bagi maksud menangkap ikan tanpa lesen yang sah dan Peraturan 9 (1) (Peraturan-peraturan Perikanan Pemuliharaan Kultur Kerang 2002) iaitu larangan menjual benih kerang tanpa lesen.

Pembiakan semulajadi kerang terganggu oleh penggunaan peralatan tangkapan moden dan pelaksanaan projek akuakultur yang mengancam serta mencemarkan habitat kerang.

Oleh itu, pembenihan kerang perlu dijaga supaya tidak mengalami kepupusan di masa akan datang.

37 guni benih kerang ditinggalkan suspek di muara Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis. – Gambar Ihsan Zon Maritim Kuala Perlis

Maritim Malaysia juga meminta kerjasama dari orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan negeri ini.

Sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Maritim Malaysia di talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162. – SM

BACA Cubaan tekong guna bot fiber tiada pendaftaran seludup benih kerang digagalkan

(Visited 81 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button