Nasional

Kumpulan kayangan perlu bertamadun, tertakluk undang-undang

KUMPULAN elit atau kumpulan kayangan iaitu segelintir rakyat Malaysia yang dibawa pulang ke tanah air dari luar negara tetapi bersikap sombong terhadap petugas kesihatan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mereka boleh dikenakan tindakan sekiranya menghalang penjawat awam daripada melakukan tugas.

“Walau bagaimapaun dari segi undang-undang saya percaya mungkin ada iaitu yang menghalang penjawat awam melakukan tugas masing-masing.

“Saya percaya mungkin perkara ini boleh digunakan dan saya haraplah mereka yang berkedudukan tinggi itu sepatutnya lebih bertamadun daripada orang lain,” kata Ismail Sabri dalam sidang akhbar sebentar tadi.

Beliau mengulas runggutan petugas kesihatan yang meluahkan perasaan mengenai sikap segelintir daripada kumpulan berkenaan yang bersikap kurang ajar dengan memanggil mereka anjing dan pencacai najis.

[BACA ARTIKEL] ‘Kumpulan kayangan’ panggil petugas kesihatan dog, pencacai najis

Malah kumpulan itu juga didakwa mahukan layanan yang istimewa dan ada antaranya yang mempersoalkan mengenai kewajaran ujian sariangan dilakukan terhadap mereka.

“Saya harap kesedaran ini sendirilah kerana Covid-19 tidak kenal dari kayangan ataupun dari bumi. Mereka tak kenal siapa.

“Tiada siapa boleh dibezakan oleh Covid-19 ini. Walaupun kaya raya tidak ada siapa pun terkecuali daripada dijangkiti oleh Covid-19. Kedudukan yang tinggi tidak menjamin mereka terselamat daripada cobid 19,” tegas Ismail Sabri.

Justeru beliau meminta kumpulan berkenaan memberikan kerjasama kepada petugas-petuhas barisan hadapan yang terlibat terutama doktor dan jururawat.

Semalam petugas barisan hadapan, Dr. Sakinah Sulong berkata, ada antara kumpulan kayangan memanggil petugas kesihatan sebagai ‘dog’ dan pencacai najis dan tidak mahu dikuarantikan.

Sikap mereka berbeza dengan ditunjukkan oleh kumpulan tabligh yang telah diarahkan untuk menjalankan ujian saringan Covid-19 sebelum ini.

“Masa kami ambik sampel jemaah tabligh, rata-ratanya mudah bagi kerjasama. Datang awal kalau diminta datang untuk pensampelan. Jarang yang buat masalah. Jarang yang nak bergaduh dengan petugas.

“Berbanding kumpulan kayangan, marah-marah. Panggil staff kami ‘dog’. Panggil staff kami pencacai najis. Memang sangat kurang ajar!

“Kami tak kisah bekerja keras untuk menyekat penularan Covid-19. Dan bukan kami minta dihampar karpet merah. Tapi betapa kami dihina hanya kerana kami cuba melakukan tugas kami. Sangat menyedihkan,’” luah Dr. Sakinah di Facebook beliau.-SM

(Visited 227 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button