fbpx
Nasional

108 lagi sembuh jangkitan COVID-19

BILANGAN pesakit yang sembuh daripada jangkitan COVID-19 semakin meningkat dengan mereka yang telah discaj dari hospital seramai 108 hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor HIsham Abdullah berkata, jumlah keseluruhan mereka yang telah sembuh dan discaj dari hospital adalah seramai 645 orang.

Manakala sebanyak 145 kes baru dilaporkan hari ini dengan jumlah keseluruhan mereka yang positif COVID-19 adalah seramai 2,908 orang.

Baki mereka yang masih menjalani rawatan di hospital adalah seramai 2,218 orang. Pesakit di Unit Rawatan Rapi adalah sebanyak 102 orang dan 66 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara itu dua kematian akibat jangkitan COVID-19 dicatatkan hari ini menjadikan keseluruhan meninggal dunia akibat virus maut itu seramai 45 orang di Malaysia.


Kematian ke-44 melibatkan kes ke-193 serorang wanita berusia 80 tahun. Mangsa yang mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung merupakan kontak rapat kepada kes-115.

Manakala kematian ke-14 melibatkan kes ke-1053. Mangsa yang merupakan seoran lelaki berusia 62 tahun mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau adalah kontak rapat kepada kes ke-486.

Kedua-dua mangsa mendapatkan rawatan dan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur.

Jumlah yang sembuh itu telah meningkat hampir sekali ganda berbanding semalam.

Semalam sebanyak  58 orang lagi telah pulih daripada jangkitan COVID-19 dan dibenarkan discaj dari wad pada hari ini. Menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah  sebanyak 537 kes.

Sementara itu semalam juga sejumlah 140 kes baharu dikesan hari ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,766 kes.

Cuma pesakit yang dirawat di ICU meningkat kerana semalam hanya 94 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut 60 kes memerlukan bantuan pernafasan berbanding hari ini 66 orang perlukan bantuan tersebut.

Bagi memastikan penularan wabak ini terkawal, penguatkuasaan PKP terus diperketatkan. -SM

 

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button