BanjirNasional

Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat

JUMLAH mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 8,678 orang daripada 2,895 keluarga berbanding 8,151 orang daripada 2,626 keluarga setakat semalam.

Situasi di Terengganu bertambah baik setakat malam tadi dengan jumlah PPS juga berkurangan kepada 98 iaitu 27 di Kemaman, Dungun (25), Hulu Terengganu (19), Setiu (10), Besut (tujuh), Kuala Terengganu (lima) dan Kuala Nerus (lima).

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan satu-satunya PPS di Marang iaitu Sekolah Kebangsaan Pengkalan Berangan telah ditutup secara rasmi pada pukul 4 petang semalam.

Jumlah mangsa tertinggi masih di Kemaman iaitu 8,408 orang diikuti Hulu Terengganu (3,041), Dungun (2,742), Kuala Nerus (537), Kuala Terengganu (516), Besut (431) dan Setiu (403).

Cuaca di kebanyakan daerah juga baik sejak semalam dengan mendung dan hujan sederhana di beberapa lokasi.
JPS melalui laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my pula melaporkan, kebanyakan sungai semakin surut.

“Dan ketika ini, hanya tiga sungai di tiga daerah masih melebihi paras bahaya iaitu Sungai Kemaman di daerah Kemaman, Sungai Peneh di Hulu Terengganu dan Sungai Dungun (Dungun),” katanya. – SM

 

(Visited 491 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button