Nasional

Gelombang ke-3 Covid-19 membimbangkan – Ismail Sabri

MALAYSIA sedang berhadapan dengan gelombang ketiga dan ia merupakan fenomena yang amat membimbangkan apabila beberapa hari telah mencatatkan kes melebihi 7,000 orang.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacon berkata, kemunculan varian-varian baru dan lebih agresif terutamanya Variants of Concerns (VOC) merupakan satu perkembangan yang merisaukan.

Pada ketika ini kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt/Ro) negara telah meningkat ke paras 1.21 berbanding 0.8 yang pernah direkodkan pada pertengahan April 2021.

Menteri Pertahan itu dalam satu kenyataan berkata, peningkatan jangkitan Covid-19 yang disebabkan oleh aktiviti merentas negeri juga terus mencatatkan peningkatan.

“Kluster rentas negeri terus merekodkan peningkatan
sepanjang April hingga Mei 2021.

“Dalam tempoh ini sahaja, sebanyak 19 kluster dilaporkan daripada keseluruhan 50 kluster yang direkodkan akibat rentas negeri yang melibatkan 6,291 kes,” kata Ismail Sabri.

Sementara itu Ismail Sabri berkata, 628 individu telah ditahan semalam atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP).

Daripada jumlah itu, seramai 609 individu dikompaun manakala 19 lagi direman.

Antara kesalahan direkodkan ialah tidak memakai pelitup muka (162), gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis (158), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (80), rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran (61), tiada penjarakan fizikal (47) dan lain-lain (120).-SM

 

(Visited 179 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button