Hiburan

Janna Nick dedahkan hidap bipolar, dua kali cuba bunuh diri

PELAKON, Janna Nick mendedahkan yang dirinya telah disahkan mempunyai gangguan bipolar.

Menurutnya, dia sudah seminggu mengambil ubat antidepresan (Escitalopram) & Carbamazepine (CBZ) dan cuba untuk tidak berada di media sosial ketika ini.

Janna memberitahu, selama ini dia sering mendengar tiga ke empat suara di dalam kepalanya dan merasakan itu adalah sesuatu yang normal.

“Selama ini, saya fikir otak saya berfungsi dengan normal, sama seperti orang lain.

“Saya memang ingat bahawa adalah normal bagi suara dalaman anda untuk terus bercakap antara satu sama lain seperti perbincangan kumpulan.


“Sehingga saya mula mengambil ubat saya. Ketika itulah saya sedar bahawa apa yang saya alami tidak normal.

“Saya tidak tahu apakah itu genetik atau disebabkan masa lalu saya,” katanya.

Sementara itu, Janna turut mendedahkan dia pernah cuba membunu diri dua kali sepanjang hidupnya.

Kongsinya, pengalaman pertamanya adala ketika berusia 14 tahun di mana dia menelan segenggam panadol yang dicampurkan dengan ubat lain.

“Saya tidak mempunyai keluarga yang sempurna. Dulu duduk dekat sekolah berasrama penuh, jauh.

“Setiap hujung minggu tengok orang tua kawan kawan kunjungi, bawak makanan untuk mereka.

“Percubaan bunuh diri ke-2 adalah setahun selepas itu di mana saya memotong pergelangan tangan saya sendiri di hadapan adik perempuan saya,” katanya.

Sementara itu, ruangan komen Instagram Janna turut dipenuhi dengan kata-kata semangat daripada rakan artis.

Malah, ramai juga yang meminta supaya Janna Nick bersabar dan menganggap apa yang berlaku sebagai sebahagian daripada ujian Allah. -SM

(Visited 317 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button