Hiburan

Samparrrrr pemuzik indi seberang mengaku rogol lapan wanita

JANGAN disebabkan oleh nila setitik, rosak susu sebelanga. Gara-gara individu ini tidak dapat menahan nafsu serakahnya, dia memberi imej yang amat buruk kepada anak seni.

Walaupun tragedi ini tidak berlaku dalam negara kita atau dalam kalangan artis Malaysia tetapi tempiasnya tetap terasa kerana muzik dari seberang, artis dari tanah seberang bukan sahaja diterima oleh penggemar muzik di Malaysia tetapi artis dari Indonesia turut merasakan bahawa negara ini umpama rumah ke dua mereka.

Dahulu, pernah ditulis satu artikel dengan paparan tajuk yang amat ganas berbunyi, artis si polan, penzina.. tetapi ekoran tajuk yang amat ganas itu, memberi impak yang buruk kepada si penulis.

Hari ini, seorang pemuzik underground atau indi dari Indonesia membuat pengakuan dan sekali gus permohonan maaf kepada mangsa.

Baru kini pemuzik indie Indonesia berkenaan, Samparrrrr atau nama sebenarnya Rofi Faisal Najib tampil membuat permohonan maaf di Instagram berhubung dakwaan jenayah seksual sedangkan perbuatannya itu sudah agak lama dilakukan.

Memetik laporan ASTRO GEMPAK, pemuzik berusia 23 tahun itu mengakui, dia telah melakukan jenayah itu .

Dia juga berjanji untuk tidak akan mengulangi perbuatannya lagi.

“Dengan ini, saya Rofi Faisal Najib / Bijan Faisal / Samparrrrr / Rustikutas (23 tahun) meminta maaf kepada semua mangsa rogol dan gangguan seksual yang saya lakukan.

“Di sini saya akui telah melakukan rogol dan gangguan seksual terhadap F, PW, REA, AZ, EP, CT, Y dan P.

“Saya akan bertanggungjawab untuk semua tuntutan yang diinginkan oleh mangsa,” katanya dalam video yang dimuatnaik di Instagramnya pada Ahad lalu.

Mudah sekali dia memohon maaf sedangkan mangsa rogol berhadapan dengan masa depan yang kelam.

https://www.instagram.com/samparrrrr/channel/?utm_source=ig_embed

Jenayah itu didedahkan pada mulanya oleh seorang pengguna Twitter Sonuvabitjxh melalui satu thread pada 15 Mac lalu.

gausa@sonuvabitjxh

Setakat mahu bertanggungjawab, apakah itu sudah memadai bagi si perogol? Sepatutnya apa yang berlaku, menjadi iktibar dan tidak melepaskan si pelaku jenayah seksual itu dengan sewenang-wenangnya. – SM

 

(Visited 313 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button