Hiburan

Joe Flizzow beri penjelasan kenapa lagu Jay Park sebut nama Allah

Semalam, kecoh di laman sosial apabila lagu daripada penyanyi rap dari Korea Selatan, Jay Park bersama dengan Jay Electronica dan Joe Flizzow menyebut nama Allah.

Ramai yang beranggapan apa yang terdapat di dalam lagu itu adalah salah dan Joe sebagai seorang muslim di dalam lagu tersebut turut dipersalahkan kerana tidak peka dan menegur lebih awal.

Namun, Joe kemudian tampil memberi kenyataan bahawa tidak ada salah pun di dalam lagu tersebut dan ramai yang telah membuat andaian sendiri.

“Ramai yang mempertikai lagu saya bersama Jay Park dan Jay Electronica menyebut nama Allah. Jawapan saya ialah kerana Jay Electronica adalah orang Islam.

“Dia nak sebut nama Allah itu saya rasa itu hak dia. Jangan buat fitnah yang tidak baik,” katanya yang turut memberitahu lirik tersebut dinyanyikan oleh Jay Electronica.


Selain perkataan Allah, turut disebut di dalam lirik tersebut ialah Astaghfirullah.

Dalam pada itu, Joe turut mengingatkan semua supaya sentiasa meneliti isi kandungan lirik dalam lagu rap sebelum mempertikaikannya.

Lagu berjudul Twisted Dreams itu adalah lagu Jay Park yang menampilkan Joe Flizzow dan Jay Electronica yang dikeluarkan pada tahun 2019. -SM

(Visited 112 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button