Hiburan

Ali kena strok, Olan kena serangan jantung, positif Covid-19

PERKONGSIAN hantaran di status Facebook Baggio Damasutra, Baggio MY memaklumkan, tahap kesihatan dua sahabat yang sama-sama bergiat dalam industri muzik tanah air, tidak begitu memuaskan.

BAGGIO

Menurut hantaran Baggio, Ali Ismail yang diserang strok. Bagaimanapun, keadaan Ali dikhabarkan semakin baik.

Kata Baggio yang telah tamat tempoh kuarantin kendiri kerana positif Covid-19, Olan vokalis yang popular dengan alunan lagu berjudul Cinta Bandar Tasik Selatan, mengalami serangan jantung.

“Seperti yang dimaklumkan oleh sahabat saya, Afee Utopia, Olan mengalami serangan jantung dan juga positif Covid-19,

“Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik, syafakallah buat mereka berdua,” kata Baggio.

Ali kena serangan strok kini dalam proses pemulihan.

Kalau ada yang ingin menghulurkan sumbangan kepada mereka, boleh sahaja salurkan secara terus ke akuan bank peribadi mereka,

“Mungkin serba sedikit sumbangan dapat membantu mereka dalam kepayahan dan dugaan. Amin,” kata Baggio.

Mohd Ali Ismail, Maybank nombor akaun 162106484058.

Mohd Radzuan Yasin, BSN nombor akaun101672900001408. – SM

(Visited 331 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button