NasionalUncategorized

Ribuan Mat Motor Sanggup ‘Ride’ Ke Setiu Untuk Lihat ‘Aset’ Kedai Air Buah D’FLora

Kedai air buah D’Flora yang terletak di Setiu, Terengganu sebenar biasa-biasa sahaja dan tiada beza pun jika mahu dibandingkan dengan kedai air buah yang terdapat di negeri-negeri lain.

Namun yang menimbulkan kegatalan dalam seluar bagi segelintir mat motor adalah apabila salah seorang orang kuat kedai air buah D’Flora memiliki bentuk tubuh yang cukup mengiurkan.

Nama sebenar atau nama penuh wanita berkenaan tidaklah diketahui oleh mat motor secara spesifik namun dalam media sosial, dia cukup dikenali dengan nama Darlene Adrienne.

Kelibat Darlene Adrienne Sebagai Contoh

Apa yang membuatkan Darlene Adrienne menjadi tular? Takkan sekadar hanya kerana memiliki bentuk tubuh yang mengiurkan dan menggoyahkan iman para mat motor?

Jawapannya adalah kerana Darlene Adrienne sering tampil dengan imej wanita bertudung, memakai pakaian yang ketat sehingga jelas mempamerkan bentuk buah dadanya yang cukup besar.

Dalam kitabnya al-Halal Wa al-Haram Fi al-Islam, berkenaan dengan ciri pakaian yang sepatutnya dipakai oleh wanita, Dr. Yusuf al-Qaradhawi ada berkata:

Pakaian wanita muslimah hendaklah bersopan sebagaimana yang diajarkan oleh Islam. Manakala pakaian ala Islam ialah kesemua pakaian yang terkumpul padanya sifat-sifat ini:

    • Pakaian itu hendaklah menutup aurat semua badan wanita keuali apa yang dibolehkan oleh al-Quran dan anggotanya yang ternampak yang menurut qaul yang diberatkan, iaitu wajah dan kedua tapak tangan sahaja.
    • Pakaian itu bukan dari jenis yang jarang, sehingga dapat menampakkan apa yang dibelakangnya kerana Nabi SAW bersabda:

صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا، قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ، وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ، مَائِلاَتٌ رُؤُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ المَائِلَةِ ، لاَ يَدْخُلْنَ الجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا، وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

Maksudnya: “Dua golongan termasuk ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian separuh bogel (kerana memakai pakaian yang nipis atau yang menampakkan susuk badan), yang berjalan dengan berlenggang lenggok (seperti perjalanan seorang pelacur), yang kepalanya terhuyung-hayang laksana kelana unta yang bergoyang-goyang, wanita-wanita itu tidak akan memasuki syurga, sedangkan bau syurga itu akan tercium dalam jarak sekian dan sekian.”

Ini kerana pakaian wanita itu tidak berfungsi menutup tubuhnya kerana terlalu nipis sehingga ternampak badannya yang berkeadaan seperti dia tidak berpakaian sama sekali.

Para Isteri Bimbang

Sebenarnya video para mat motor beramah mesra dengan Darlene Adrienne bukanlah baru pertama kali tular kerana usikan nakal pengunjung dan balasan manja si gadis bertubuh montok itu.

Namun tertularnya video kali ini boleh disifatkan lebih melampau dan terlalu biadab apabila dua lelaki dipercayai berwajah Melayu dan kad pengenalannya beragama Islam, merangkul tubuh Darlene Adrienne.

Darlene Adrienne pula langsung tidak menepis sebagaimana ramai wanita lain beranggapan ia adalah satu gangguan seksual dan dengan imej bertudung Darlene Adrienne, banyak fitnah timbul.

Salah satu fitnah yang timbul ke atas Darlene Adrienne sendiri adalah soal keperawanannya, adakah dia memang jenis melayan jantan dan adakah jantan-jantan tadi suami atau tunang kepada seseorang?

Lebih-lebih lagi apabila ia tular dalam media sosial pada zaman ini, bukan sahaja para isteri menjadi bimbang dengan aktiviti para suami yang suka ride motor.

Malah.. dosa yang tersebar dalam internet akan terus bertebaran tanpa sekatan atau berkesudahan dan mencemarkan imej serta nama baik individu yang ada dalam video berkenaan.

JHEAT Ambil Tindakan

Mengulas video tular berkenaan, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memaklumkan pihaknya sudah pun menerima pelbagai laporan mengenai kejadian itu.

Pesuruhjaya JHEAT, M Rozi Bidin turut berkata, premis tersebut memang dalam pemantauan mereka sebelum ia tular di media sosial dan sebenarnya sudah lama berlaku.

“Premis ini memang dalam pemantauan kita sebelum ia tular lagi dan dakwaan mengatakan JHEAT tak beri perhatian. Tapi, itu tak betul sebab premis ini sedang dalam pemantauan,” katanya.

Jelasnya lagi, pihak JHEAT tidak akan membiarkan perlakuan tidak senonoh itu berlaku dan mereka akan mengambil tindakan mengikut bidang kuasa yang sedia ada.

“Tiada kompromi dalam hal sebegini kerana ia bukan hanya mencemarkan agama Islam tetapi bertujuan membendung kelakuan tidak bermoral dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Untuk makluman, tindakan tersebut diambil mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

 

(Visited 20,552 times, 9 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button