Hiburan

“Allahu mengalir air mata sambil mendengarnya. Lirik sangat menyentuh hati”, Penangan Lagu Si Bujur Sireh!

Sampai mengalir airmata para pendengar lagu Si Bujur Sireh yang didendangkan oleh Ustaz 3 Beradik; Ustaz Zarifi, Ustaz Hariri dan Ustaz Ihsan kerana bait lirik lagunya sangat sayu.

Lagu yang ditulis oleh Hazalinda Harun bersama komposer lagu Fadzli Fareast dan Amybong ini menceritakan tentang anak-anak istimewa sempena sambutan Hari OKU Sedunia pada 03 Disember 2020.

Jika direnungi bait lirik lagu ini, “Melilau mataku mencari yang sempurna, namun Tuhan anugerahkan yang teristimewa” membawa makna yang mendalam dan memberi kesan kepada pendengar khususnya bagi mereka yang mempunyai anak istimewa.

Di ruangan komen YouTube rasmi Ustaz 3 Beradik, salah seorang pemilik akaun YouTube, Rosenaniza Othman berkongsi perasaan sayu dan hiba mendengarkan lagu tersebut kerana beliau mempunyai anak istimewa.

“Allahu mengalir air mata sambil mendengarnya. Lirik sgt menyentuh hati. Teristimewa lagu ni untuk anak syurga saya juga”, katanya meluahkan isi hati.


Dalam pada masa yang sama, Khairah Ain, ujar tersentuh sebagai seorang ibu kepada anak istimewa.

Katanya “Menyentuh hati, laju air mata saya sebagai seorang ibu kepada anak syurga OKU. Lagu ustaz terbaik. Alhamdulillah.

Bagi Khairulnisa Mohdrafit pula, mendengar lagu ini membuatkan beliau terkenang dan menghargai 2 orang anak istimewanya.

“Terima kasih Ustaz 3 Beradik. Anugerah 2 anak OKU buat saya sangat-sangat saya hargainya. Akan saya jaga dan sayangnya sampai kehujung nyawa”, katanya.

Sehingga kini, lagu Si Bujur Sireh yang dilancarkan pada 1 Disember 2020 ini mendapat tontonan sebanyak 8,173 ribu tontonan dengan 975 tanda suka.

(Visited 881 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button