Travel

Jenama kedai minuman Teh ini diiktiraf Halal

KEDAI rangkaian teh antarabangsa, Chagee, diiktiraf Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk lima cawangannya manakala 30 lagi dalam perancangan untuk mendapat pensijilan halal menjelang akhir tahun.

Kedai minum teh, Chagee

Menurut Timbalan Pengurus Besar Chagee, Ng Jia Jun, dengan lebih daripada 2,400 outlet di seluruh dunia, Chagee terus menyatukan peminat teh di seluruh dunia di mana mereka berkongsi hasrat untuk memberikan pengalaman teh yang luar biasa.

Menurut Timbalan Pengurus Besar Chagee, Ng Jia Jun

‘’Kami berjanji untuk menyampaikan tidak hanya cita rasa luar biasa, tetapi juga ketenangan hati kepada semua teman-teman penggemar teh yang memilih untuk menjadikan CHAGEE sebagai sebahagian daripada gaya hidup harian mereka.

‘’ Itulah sebabnya sijil Halal ini memberi kami dorongan bukan sahaja untuk memperluaskan kehadiran kami di Malaysia tetapi juga untuk berterusan memperkenalkan inovasi dalam tawaran untuk memenuhi keperluan komuniti yang pelbagai di sini.’’ Jelasnya.

Kini Chagee sudah memasuki pasaran Malaysia, Thailand, Singapura, dan negara-negara lain.

Chagee juga sedang giat berkempen dengan membawakan promosi “Big Big News, Big Big Tear & Win!” pada 7 Oktober 2023, dengan pilihan hadiah yang terbesar sehingga kini.

Hadiah-hadiah menarik termasuk Beg Dior Saddle Pouch, Pemegang Kad Gucci, Gincu YSL, Losyen L’Occitane, Beg Beli Belah dUCK, Teh Susu CHAGEE dan banyak lagi. Pelanggan hanya perlu membeli Teh Susu Oolong Pic Putih, Teh Susu Hijau Jasmin atau Teh Susu Da Hong Pao saiz besar (700 ml) dan minuman mereka akan dinaik taraf secara automatik kepada saiz Big Big Cup. Mereka bole terus membuka bahagian bawah cawan untuk mendedahkan hadiah istimewa kemenangan mereka!

Untuk maklumat lanjut, layari www.chagee.com.my.

 

Artikle Berkaitan :>

Starbucks buka kedai kopi pertamanya di Perlis

Kedai tutup sebulan, Shuib tetap bayar gaji penuh

(Visited 127 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button