NasionalNegeri

Raja Perlis perkenan aktiviti di masjid, surau dihentikan, solat jemaah dihadkan

AKTIVITI berkumpulan di masjid dan surau di Perlis dihentikan seketika berikutan negeri itu kembali mencatatkan kes baharu jangkitan Koronavirus (Covid-19).

Arahan tersebut termasuklah aktiviti solat lima waktu berjemaah dan solat Jumaat juga dihadkan kepada jumlah tertentu bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan  Pergerakan (PKP).

Hal demikian mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail selepas menerima pandangan dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

Justeru, Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) menetapkan garis panduan bagi memastikan masjid terus imarah walaupun dengan jumlah jemaah yang terhad.

“Bagi mengimarahkan masjid dengan solat lima waktu berjemaah, hanya pegawai dan jawatankuasa masjid yang bertugas sahaja tidak lebih lima orang dibenarkan hadir setelah benar-benar dipastikan kebersihan dan kesihatan.

“Solat Jumaat hendaklah didirikan dengan jemaah yang terdiri daripada anak kariah termasuk imam atau khatib dengan tidak melebihi kapasiti maksimum mengikut saiz masjid dan tidak kurang daripada tiga orang seperti yang dipraktikkan sebelum ini.

“Sebagai langkah pencegahan dan mengurangkan risiko penularan wabak, kehadiran menunaikan Solat Jumaat hendaklah terdiri daripada anak kariah sahaja.

“Walaubagaimanapun, solat berjemaah dan Solat Jumaat dibenarkan di surau kepada para pelajar yang tinggal di asrama dengan syarat tidak mempunyai pergerakan keluar serta tiada kontak dengan pihak luar.”

Demikian titah Raja Muda Perlis yan juga merupakan Yang diPertua MAIPs, Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurut baginda tempoh penguatkuasaan SOP solat jemaah di masjid dan surau di Perlis adalah bermula waktu maghrib pada 21 Januari 2021 sehingga waktu isyak 4 Februari 2021.

SOP itu juga kemungkinan dilanjutkan mengikut tarikh akhir pelaksanaan PKP seperti diumumkan oleh kerajaan persekutuan jika berlaku pelanjutan.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, memaklumkan terdapat tiga kes jangkitan baharu di negeri itu selepas beberapa minggu negeri tersebut berada dalam zon hijau.

Jangkitan tersebut dipercayai berpunca daripada orang ramai yang melakukan aktiviti rentas negeri ketika kes seluruh negara mencecah empat angka setiap hari.

Dalam pada itu, Raja Muda Perlis turut memaklumkan mengenai kriteria jemaah yang dibenarkan hadir untuk solat berjemaah di surau atau masjid.

Antara syaratnya termasuklah membuat pemeriksaan suhu badan, mengunakan sanitasi tangan, merekod kehadiran dan mengimbas kod QR aplikasi MySejahtera.

“Mereka yang mempunyai gejala seperti demam, sesak nafas, sakit tekak dan selsema adalah tidak dibenarkan hadir.

“Begitu juga mereka yang berisiko kerana mempunyai sejarah kesihatan lain seperti kencing manis, darah tinggi, lelah, penyakit barah, dan sebagainya juga tidak dibenarkan hadgr mcm manair.

“Melaksanakan penjarakan fizikal termasuk semasa solat sekurang-kurangnya 2 meter serta memakai pelitup muka.

“Berwuduk terlebih dahulu sebelum hadir ke masjid atau surau dan membawa sejadah sendiri serta tidak berada di sana meebihi 15 minit,” jelasnya.

Selain itu, baginda juga tidak membenarkan warga emas dan kanak-kanak di bawah umur 15 tahun hadir ke masjid atau surau. – SM

(Visited 487 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button