Auto TravelTravel

Nikmati percutian dikelilingi alam semulajadi di Glamping Pulau Pinang

Pulau Pinang sememangnya terkenal dengan makanan Nasi Kandar dan terkenal dengan tempat perlacongan sesuai untuk dijadikan aktiviti berhujung minggu buat keluarga dan rakan.

Namun tahukah anda di negeri ini mempunyai tempat Glamping yang semulajadi terletak di Teluk Bahang, Balik Pulau yang berkonsepkan kanopi.

Boulder Valley Glamping

Jika anda memasuki kawasan Boulder Valley Glamping akan disambut dengan alunan bunyi cengkerik dan aroma hutan yang cukup mendamaikan.

Dikelilingi dengan kehijauan alam sesuai untuk dijadikan destinasi percutian yang sesuai untuk mereka yang ingin beristirehat daripada hiruk pikuk kota dan ingin ‘healing’.

Terdapat kolam renang

Bilik yang ditawarkan pula berkonsepkan kanopi seperti berada di hotel lima bintang yang dikelilingi alam semulajadi malah anda akan disambut dengan alunan bunyi cengkerik dan aroma hutan yang cukup mendamaikan.

Bilik yang ditawarkan

Boulder Valley Glamping menawarkan tiga jenis bilik kepada pengunjung iaitu, terdapat tiga jenis bilik yang ditawarkan kepada pengunjung iaitu Safari Tent, Tented Villa dan Chalet Room yang harganya bermula daripada RM300 sehingga RM800.

Bilik konopi berkonsepkan ala hotel

Walaupun konsep seperti perkhemahan, kelengkapan asas disediakan antaranya seperti, pengering rambut, ketuhar gelombang mikro,  soket elektrik untuk memudahkan pengunjung menggunakan barangan elektronik dan juga bilik mandi serta tandas di dalam setiap bilik.

Menurut, Pengurus Boulder Valley Glamping, Eugene Hoe, terdapat juga tempahan makanan yang disediakan malah para pegujung boleh menikmati sayuran yang ditanam secara organik di sini.

‘’Jika pengunjung mahu rasa seperti tinggal di dalam khemah sebenar mereka boleh mengambil Safari Tent yang dikelilingi kanvas, bezanya kelengkapan asas semua ada di dalam bilik termasuk mempunyai perkhidmatan ‘room service’ untuk tempahan makanan.

“Tempat ini juga sering disewa untuk pelbagai acara seperti perkahwinan, fotografi, yogaZumba, kem bina semangat (team building) syarikat dan jabatan kerajaan serta pelbagai lagi.

Sesuai untuk dijadikan majlis perkahwinan
Terdapat dewan untuk lakukan majlis

“Biasanya pihak kami akan berbincang dengan pelanggan dan sebolehnya cuba memenuhi permintaan mereka mengikut kesesuaian bajet masing-masing.

Disini sememangnya kita mahukan pengunjung menikmati alam semaksima yang mungkin. Tidak hanya pemandangan yang indah, tetapi makanan terutama sayuran dan ulaman yang dihidangkan turut dihasilkan di sini.

Tempat makan untuk perlancong

“Mungkin sebab itu Boulder Valley Glamping adalah destinasi popular buat pengamal diet sayuran dan vegan kerana kami turut mempunyai menu untuk mereka,” terang Eugene.

Hidangan yang disediakan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Boulder Valley Glamping mula dibuka pada 2014, tetapi kini pengurusannya telah diambil alih oleh DXN Holdings Berhad sejak 2019.

Buat mereka yang ingin merasai sendiri pengalaman bersama alam semulajadi di sini boleh membuat tempahan menerusi laman web, https://bouldervalleyglamping.com.my .

(Visited 289 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button