Auto TravelBerita Auto

112 pemilik Lamborghini Malaysia berjaya cipta sejarah

DERUAN bunyi enjin 112unit Lamborghini milik ahli kelab Lamborghini Owners Malaysia (LOM) berkumandang di Kuala Lumpur berkumpul untuk memecahkan rekod yang telah dirancang lebih sedekad lalu di tempat yang sama pada Sabtu 11 Jun 2022.

Pada tahun 2013, percubaan mencatat rekod pertama adalah bersempena dengan sambutan Ulang Tahun ke-50 Lamborghini peringkat global. Walau bagaimanapun perhimpuanan sambutan ulang tahun itu hanya mampu menghimpunkan 77 pemilik dari Malaysia dan Singapura.

Sebanyak 112 Lamborghini berkumpul di tempat letak kereta terbuka di hadapan hotel Mandarin Oriental telah mencipta sejarah

Perhimpunan kali ini berjaya direkodkan ke dalam Malaysia Book of Records sebagai perhimpunan terbesar Lamborghini di dalam sebuah acara, rekod baharu itu telah diiktiraf selepas percubaan pertama dibuat sembilan tahun dahulu, kali ini ia berjaya dicatatkan dalam rekod oleh pemilik Lamborghini terdiri dari seluruh Semenanjung Malaysia.

Perhimpunan yang telah memecah rekod ini bukan sahaja disertai oleh ahli sedia ada LOM tetapi juga dihadiri oleh pemilik Lamborghini yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada ahli kelab yang sedang berkembang itu.


“Pencapaian dalam sejarah kelab kami ini juga menandakan penghargaan kami kepada jenama Lamborghini yang legenda, disemai oleh semangat yang tidak putus-putus”, kata Datuk Roslan Rosdi, Presiden LOM.

Berlangsung di tempat letak kereta terbuka berhadapan dengan hotel Mandarin Oriental di tengah-tengah pusat bandar, penonton berpeluang melihat dengan lebih dekat lagi model-model Lamborghini.

Presiden Lamborghini Owners Malaysia , Datuk Roslan Rosdi ketika ditemubual oleh pihak media

Antara model Lamborghini yang jarang ditemui seperti Gallardo Malaysia Limited Edition (yang mana hanya 20 daripadanya pernah dihasilkan) dan Murcielago dan model yang lebih menonjol dengan reka bentuk moden seperti Lamborghini Huracan Spyder, Aventador SVJ dan SUV Urus.

Peminat House of the Raging Bull turut dihidangkan dengan tarian singa yang ketika kereta Lamborghini ke-78, yang dipandu oleh Presiden LOM sendiri, ketika memasuki tempat letak kereta menandakan kejayaan pemecahan rekod.

Sorakan meriah daripada ahli-ahli LOM dan orang ramai mengiringi saat wakil pegawai dari Malaysia Book Of Record menyerahkan sijil yang pengesahan rekod baharu itu.

“Kami mungkin tidak berjaya memecahkan rekod jika tidak mendapat sokongan dari semua ahli kelab yang dipamerkan dengan jumlah kehadiran yang agak tinggi pagi ini”, kata Roslan.

Sejurus selepas perhimpunan itu berlangsung, peserta konvoi 112 buah Lamborghini telah selamat dilepaskan kira-kira jam 1.00 tengahari bergerak menuju ke Bukit Tinggi dan menginap satu malam di The Chateau Spa & Wellness Resort, Bukit Tinggi.

Pengerusi Penganjur, Dato’ Rakesh Sachdev berkata bahawa sebagai mengiktiraf kejayaan ini, makan malam gala yang digelar Bulls Ball akan diadakan sebagai penghormatan dan terima kasih untuk ahli LOM yang terlibat.

Pihak LOM mengucapkan setinggi penghargaan kepada rakan kongsi yang telah menjayakan acara itu termasuk CERES, Pelincir ODR, Pernod Ricard Malaysia, Apollo, Dr. SHEVA, Kelab Muscle Mania, Quantum Metal, Roger Dubuis, BarTheHood, The StarHill, Double Creative, Kumpulan Marinis, Nextdor Property Communications, Restoran Tarbush, XFactor Events, Big Ass Fans, DMY, Sauda Gold, EGLAF, Phatjuice, Chic Ole, Morion, Rhythm Productions, Vivo, WrapXpert, LFR dan EliteSoft ODR.

LOM ditubuhkan pada 2014 dengan hanya 50 orang ahli sahaja. Hari ini, kelab penggemar supercar Itali itu mempunyai 150 ahli setia. – SM

Artikel berkaitan > Pemilik Lamborghini bakal berkumpul untuk memecahkan rekod Jun ini

(Visited 172 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button