Auto TravelEkonomi

BMW Group Malaysia meluaskan rangkaian Pengecas Pantas DC di Utara Malaysia.

BMW Group Malaysia baru-baru ini telah menyediakan dua lagi Pengecas Pantas DC baharu di Tian Siang Premium Auto Butterworth dan Tian Siang Premium Auto Ipoh, atas sebahagian daripada strategi pengembangan infrastruktur pengecasannya yang sejajar dengan komitmen Malaysia untuk meningkatkan penerimagunaan kenderaan berelektrik.

Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, “Pelan pengembangan rangkaian infrastruktur pengecasan kami di Malaysia sedang berjalan dengan jayanya, dan 8 fasiliti BMW i Charging telah pun diperkenalkan di pusat-pusat pengedaran BMW yang bertauliah pada suku pertama tahun 2022 sahaja.

Dengan menangani isu lazim berkait dengan pemilikan kenderaan elektrik (EV) di samping melaksanakan gagasan elektro kami untuk tahun ini, kami berharap perspektif warga setempat terhadap mobiliti elektro akan menjadi lebih positif.”

Tan Ka Kin, Prinsipal Pengedar Tian Siang Premium Auto menambah, “Sebagai wakil pengedar BMW i yang bertauliah di rantau utara Malaysia, kami berasa teruja untuk meluaskan lagi aksesibiliti para pelanggan dan komuniti pemilik EV yang kian berkembang di Pulau Pinang dan Perak.


Stesen Pengecas Pantas DC BMW Malaysia

Perungkaian Pengecas Pantas DC yang baharu di pusat pengedaran kami ini memudahkan lagi kami untuk membekalkan Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan buat para pelanggan di sini, yakni di samping fasiliti pengecasan BMW i Charging yang telah disediakan sebelum ini, menerusi kerjasama dengan BMW Group Malaysia di rantau utara.”

Kini tersedia untuk kegunaan awam, Pengecas Pantas DC yang baharu di Tian Siang Premium Auto Butterworth dan Tian Siang Premium Auto Ipoh menampilkan dua jenis outlet DC (CCS) yang mampu menyalurkan kuasa setinggi 120kw. – SM

Kredit: EnjinDotCom

Model BMW iX3 dan iX yang sedang menggunakan Pengecas Pantas DC
(Visited 68 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button