Auto TravelBerita Auto

Pemilik Lamborghini bakal berkumpul untuk memecahkan rekod Jun ini

SELEPAS hampir sedekad kali terakhir berjaya mengumpulkan sebanyak 77 supercar Lamborghini berhimpun dalam satu perarakan yang membolehkan ia diiktiraf dalam Malaysia Books of Records (MBR), kini kelab Lamborghini Owners Malaysia (LOM) kembali mengumpulkan pemilik supercar itu bagi memecahkan rekod ‘Bilangan Lamborghini terbanyak dalam satu acara’ yang pernah tercatat dalam MBR, tidak lama lagi.

Presiden LOM, Datuk Roslan Rosdi berkata, acara kali ini ialah terbesar bakal dianjurkan kelab tersebut. Kali ini, dijangka kira-kira 100 Lamborghini akan berkumpul bagi memecahkan rekod lama itu.

Roslan berkata “Sepanjang sejarah LOM, kami menganjurkan banyak acara, sama ada perjalanan sehari singkat atau pemanduan panjang semalaman yang mana banyak acara kami melibatkan elemen amal dan kebanyakannya memberi sumbangan kepada rumah anak yatim dan membawa mereka menaiki supercar kami untuk berkongsi keseronokan.

Dato’ Roslan Rosdi, Presiden Lamborghini Owners Malaysia (LOM) berkongsi bahawa LOM juga menyasarkan untuk mengumpul sekurang-kurangnya RM40,000 untuk disumbangkan kepada 4 rumah kebajikan semasa Majlis Makan Malam Gala mereka nanti. (Kredit foto © Andy Soong)

“Memandangkan kita sekarang boleh berkumpul dengan selamat, kami ingin meraikan kegembiraan pemanduan santai dan pada masa sama cuba memecahkan rekod sembilan tahun lalu sebagai sebahagian sambutan legenda Lamborghini yang ke-50.”

Dalam acara itu, ahli LOM akan berkumpul di kawasan parkir terbuka KLCC di depan Hotel Oriental pada 11 Jun (Sabtu) nanti bermula jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Selepas melepasi rekod secara rasmi, ahli LOM akan bergerak ke Chateau, Bukit Tinggi untuk majlis makan malam gala di sana.


Dato’ Rakesh Sachdev, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur LOM dalam satu kenyataan di majlis itu, LOM akan menyerahkan sumbangan ahli dan rakan kongsi berjumlah kira-kira RM40,000 kepada empat wakil badan amal kata

Dato’ Rakesh Sachdev, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Lamborghini Owners Malaysia (LOM) (kiri) mengumumkan bahawa LOM akan cuba mengatasi rekod ‘Bilangan Lamborghini Terbesar di Sebuah Acara’ pada 11 Jun 2022 ini. (Kredit foto © Andy Soong )

Sachdev menambah bahawa “Cabaran terbesar untuk percubaan itu adalah menyelaraskan masa pemilik Lamborghini yang kebanyakannya terdiri daripada kapten industri. Ahli kami bagaimanapun sangat gembira dapat berkumpul untuk tujuan yang baik”.

Peminat House of The Raging Bull juga dijemput melihat varian vintaj yang jarang ditemui dan terkini seperti Lamborghini Gallardo MLE, Huracan Spyder, Urus SUV dan Aventador SVJ.

LOM ditubuhkan pada 2014, dengan jumlah keahlian awal cuma 50 orang, tetapi kini memiliki 150 ahli setia yang juga penggemar supercar dari Itali itu. – SM

(Dari kiri ke kanan) Dato’ Rakesh Sachdev Pengerusi Jawatankuasa Penganjur LOM, Massimo Rustico Duta Besar Itali ke Malaysia dan Dato’ Roslan Rosdi, Presiden LOM (Kredit foto © Andy Soong)
(Visited 102 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button