Politik

Jemaah Menteri baharu tak banyak berubah, wakil rakyat henti ‘ugutan’

BERHENTI mengugut. Semua pihak digesa berhenti daripada terus membuat ugutan terhadap kerajaan selepas pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri baharu.

Ini kerana ia boleh menganggu perjalanan perancangan dalam usaha mendepani wabak Covid-19 dan pemulihan negara, kata Ahli Parlimen Ketereh,Tan Sri Annuar Musa.

Annuar berkata, beliau percaya dengan pelantikan barisan kepimpinan Jemaah Menteri di bawah kepimpinan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini, tidak akan berubah banyak kerana ia akan diisi dalam kalangan 114 Ahli Parlimen yang menyokong.

“Sebab itu kita terutamanya ahli Parlimen kena ambil sikap bertanggungjawab. Jangan suka melompat ke sana ke sini.

“Apa yang dapat? Macam sekarang kerja tergendala… apa sangat yang dapat? Yang bertukar tempat, jawatan, portfolio… beberapa orang sahaja.

“…saya tak fikir wujud kerajaan baharu yang semua sekali tukar (barisan kabinet).

“Nak dilantik di kalangan 114 ini juga… yang dijatuhkan dulu 114 ini juga. Kita ‘pi mai pi mai tang tu juga’. Yang rugi rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan ‘flag off’ perjalanan Sukarelawan Rumah Prihatin untuk penyampaian bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Merbuk dan Jerai.

Annuar yang juga bekas menteri Wilayah Persekutuan bagaimanapun menegaskan kuasa memilih barisan Jemaah Menteri di bawah pimpinan Ismail merupakan kuasa mutlak perdana menteri dan ia tidak boleh diganggu.

“Kuasa perdana menteri jangan usik, kita jangan beri sebarang tekanan, kena hormati sistem dimana pembentukan jemaah menteri adalah satu hak mutlak perdana menteri,” katanya.

Annuar berkata,semua wakil rakyat patut malu kepada rakyat disaat mereka susah pemimpin berebut kuasa dan melakukan cubaan menjatuhkan kerajaan.

“Kita sudah lalui beberapa kali bertukar kerajaan, cukuplah kena malu kepada rakyat, malu kepada diri sendiri. Jangan guna mandat rakyat untuk tujuan salah, rakyat sedang memerhati,” ujar beliau.

Ditanya, soal nama kerajaan baharu di bawah kepimpinan Ismail Sabri, Annuar berkata, “ia bukanlah isu besar sebaliknya yang penting kesepakatan antara parti BN, PN, GPS, PBS dan beberapa yang lain dalam mentadbir negara.

“Sebab itu, pada masa ini kurangkanlah polemic. Kita beri perdana menteri tunaikan tanggungjawab.

“Saya percaya, berdasarkan latar belakang Ismail Sabri, beliau adalah orang yang suka berunding, bukan watak yang keras.

“Beliau bukan ketua kabilah yang hendak menegakkan itu nak menegakkan ini. Beliau sesuai dalam keadaan sekarang, menjadi pendamai dan sejuk menyejukkan keadaan,” kata Annuar lagi. – SUMBER FMT-SM

(Visited 180 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button