Nasional

Jelajah Agrikomoditi #KeluargaMalaysia tingkat KDNK negara

JELAJAH Agrikomoditi #KeluargaMalaysia diyakini dapat melonjakkan pendapatan eksport negara yang mencatat RM189.8 bilion tahun lepas.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, nilai sumbangan KDNK dari Agrikomoditi meningkat kepada RM151.3 bilion pada tahun 2020 iaitu peningkatan 17.8 peratus berbanding RM128.5 bilion pada tahun 2019.

“Jumlah eksport Agrikomoditi meningkat dan peningkatan yang ditunjukkan adalah memberangsangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pelancaran program Jelajah Agrikomoditi di Putrajaya, sebentar tadi.


Hadir sama, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Ismail Sabri berkata, pada November tahun lepas, eksport Agrikomoditi meningkat kepada 41.6 peratus iaitu RM129.8 bilion berbanding tahun sebelumnya, 2020.

Katanya lagi, eksport kelapa sawit ke India turut meningkat lebih sekali ganda kepada RM8.5 juta pada 2020.

Begitu juga bagi eksport kayu kayan ke India meningkat sebanyak 70.5 peratus, katanya.

“Sumbangan daripada sektor Agrikomoditi ini selain usaha kerajaan dalam menurunkan kadar Kemiskinan Nasional.

“Dengan kadar kemiskinan yang menurun dapatlah #KeluargaMalaysia jalani kehidupan yang selesa,” ujarnya.

Perdana Menteri turut menyeru agar kemwnterian, agensi dan pemain induatri berdiri teguh dan mempertahankan produk negara.

Tambah beliau, Bajet 2022, RM670 juta peruntukan kepada KPPK agar segala dasar Agrikomoditi 2021/2030 diganti kepada dasar Agrikomoditi 2011/2030 bertambah mampan dan berdaya saing serta kekal terpelihara. – SM

 

 

(Visited 90 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button