fbpx
Ekonomi

Jabatan perundangan LSE sahkan Jalil Rasheed bukan lulusan LSE

Ketua undang-undang London School of Economics and Science Science (LSE) Kevin Haynes menjelaskan bahawa ijazah dari University of London (UoL) dalam bidang ekonomi tidak setaraf dengan ijazah keluaran LSE.

“Kami tidak menganggap lulusan UoL adalah lulusan LSE,” Haynes menjawab dalam e-mel bertarikh 1 Julai untuk pertanyaan dari Suruhanjaya Sekuriti (SC), salinannya diberikan kepada theedgemarkets.com.

Memetik laporan The Edge   jawapan Haynes menunjukkan bahawa bekas presiden dan CEO Permodalan Nasional Bhd (PNB) Jalil Rasheed yang memperoleh ijazah dari UoL bukanlah alumni LSE.  Walaupun UoL dan LSE – mempunyai kerjasama di bawah lambang UoL.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sebelum ini menyatakan terdapat percanggahan dalam serahan oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) berhubung kelayakan akademik dan pengalaman kerja bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya (PGCE) Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) berkata ia sudah menerima pengesahan mengenai percanggahan dalam serahan berkenaan, namun maklumbalas mengenainya daripada PNB masih belum diterima.


SC berkata, sebagai pemegang CMSL, PNB dikehendaki memastikan bahawa semua maklumat yang dikemukakan kepada SC untuk pelantikan bagi bekas PGCEnya, termasuk pengalaman kerja dan kelayakan akademik yang disertakan dalam borang permohonan dan dokumen sokongan, adalah benar dan tepat selepas ia melaksanakan pertanyaan ketekunan sewajarnya.

Jalil meletakkan jawatan pada 15 Jun lalu selepas memegang jawatan itu sejak 1 Oktober 2019.

Jalil mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi Presiden dan Ketua Eksekutif paling muda dalam sejarah PNB sejak syarikat pengurusan dana itu ditubuhkan pada 17 Mac 1978.

Sebelum ini ada beberapa pemimpin pembangkang percaya peletakan jawatan Jalil yang dilantik ketika Pakatan Harapan berkuasa disebabkan tekanan politik.-SM

Show More

Related Articles

Back to top button