Luar Negara

Cincin Ronaldo buat Georgina bernilai RM3.26 juta

CRISTIANO Ronaldo membelikan cincin pertunangan paling mahal buat teman wanitanya berbanding pemain bola sepak lain yang pernah berbuat demikian.

Bintang Juventus itu dipercayai telah berbelanja sebanyak 615,000 pound (RM3.26 juta) bagi membeli sebentuk cincin berlian buat Georgina Rodriguez.

Menurut GamblingDeals, yang membuat senarai cincin pertunangan paling mahal dalam bola sepak, penjaga gol England, Jordan Pickford berada di kedudukan kedua setelah dia membelikan cincin bernilai 500,000 pound (RM2.65 juta) untuk isterinya, Megan Davison.

Ashley Cole pula menghuni tempat ketiga dengan cincin berharga 275,000 pound (RM1.46 juta) untuk bekas isterinya, Cheryl.

Penyerang England, Harry Kane pula sekadar berada di tangga ke-10 setelah dia membelikan cincin berharga 180,000 pound (RM955,922) untuk isterinya, Katie Goodland, menurut tukang emas, Roseanna Croft.

Georgina dan Ronaldo memiliki seorang anak perempuan bernama Alana dan mereka turut membesarkan tiga orang anak bintang Portugal tersebut menerusi ibu tumpang iaitu kembar Eva dan Mateo, 3, serta Cristiano Jr, 10 tahun.

Pasangan tersebut mula menjalinkan hubungan pada penghujung 2016. Ronaldo pernah dikaitkan akan melamar wanita jelita berasal Sepanyol itu pada 2018.

Bekas pemain Manchester United itu yang membuat sumbangan besar bagi membantu bekalan perubatan sewaktu krisis coronavirus, sering menegaskan, dia akan mengahwini wanita tersebut.

Bercakap dalam satu temu bual dengan Piers Morgan mengenai cinta sejati mereka menerusi ITV, tahun lalu, Ronaldo berkata: “Dia telah banyak membantu saya. Sudah tentu, saya mencintainya.

“Sudah tentu, kami akan berkahwin pada satu hari nanti. Ia merupakan impian ibu saya.”

Georgina pernah dirakam gambarnya memakai cincin beberapa kali dan pada 2018, wanita itu memberi bayangan bahawa dia telahpun bertunang dengan Ronaldo apabila memuat naik gambar sebentuk cincin Cartier.

Pembantu kedai yang beralih karier sebagai seorang model itu telah meletakkan emoji hati sebagai maklum balas kepada cincin yang dikatakan telah dibeli Ronaldo untuknya. – The Sun UK – SM

 

(Visited 228 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button