Ekonomi

Synergy House catat hasil RM51.6j suku pertama 2023

SYNERGY HOUSE BERHAD (Synergy House atau “Kumpulan) penjual e-dagang rentas sempadan dan pengeksport perabot perabot rumah sedia untuk dipasang (RTA), mengumumkan hasil sebanyak RM51.6 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2023 (S1 TK2023) daripada jualan dalam segmen pasaran perniagaan-ke-perniagaan (B2B)dan perniagaan-ke-pengguna (B2C).

Bagi S1 TK2023, Kumpulan mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM3.6 juta dan keuntungan selepas cukai sebanyak RM2.6 juta.

Tiada angka perbandingan untuk S1 FY2023 kerana ini adalah laporan kewangan interim pertama yang Synergy House buat bagi mematuhi keperluan penyenaraian Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”)

Segmen B2B Kumpulan mencatatkan hasil sebanyak RM27.4 juta atau lebih kurang 53.10% daripada jumlah hasil Kumpulan manakala segmen B2C mencatatkan hasil sebanyak RM24.2 juta atau kira-kira 46.90% daripada jumlah hasil Kumpulan pada S1 TK2023. Sebagai perbandingan, sumbangan segmen B2C terhadap jumlah hasil pada tahun kewangan penuh 2022 adalah pada 25.57%. Dari segi geografi, Amerika Syarikat ialah pasaran terbesar Kumpulan, menyumbang kepada kira-kira 49.47% daripada hasil Kumpulan pada S1 TK2023.

Pengarah Eksekutif Synergy House, Tan Eu Tah berkata, ketika Kumpulan memasuki peringkat akhir perjalanan tawaran awam permulaan (“IPO”),
ingin ditekankan bahawa terdapat potensi jangka panjang dalam segmen pasaran B2C untuk Perabot rumah RTA.

“Synergy House kini dalam strategi pengembangan pasaran iaitu untuk menumpukan pada pelaburan dalam saluran jualan B2C secara agresif untuk jangkauan pasaran. Bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2023, kami telah mencapai jumlah pendapatan B2C sebanyak RM24.2 juta, iaitu hampir 50% daripada jumlah pendapatan B2C untuk tahun kewangan penuh berakhir 31 Disember 2022 sebanyak RM49.6 juta,” katanya di sini hari ini.

Manakala Pengarah Eksekutif Synergy House, Teh Yee Luen berkata, sebagai sebahagian daripada perkembangan ini Kumpulan telah memperuntukkan sumber dan pembiayaan untuk membina nama jenama, reputasi dan ulasan kami di pelbagai media sosial dan platform e-dagang yang berkaitan.

“Ini termasuk pengiklanan dan promosi yang lebih agresif pada platform e-dagang yang kami pasarkan yang akan membuahkan hasil dalam jangka panjang. Kami melihat potensi besar dan saiz pasaran dalam pasaran perabot e-dagang global dan kami akan berusaha untuk memacu pertumbuhan segmen pasaran B2C Kumpulan,” katanya.

IPO Synergy House akan meraih RM34.4 juta melalui penerbitan 80.0 juta saham baharu pada harga IPO RM0.43 sesaham yang dijangka menyokong rancangan pertumbuhan dan pengembangan masa depan Kumpulan.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember (“TK”) 2019, TK 2020, TK 2021 dan TK 2022, Kumpulan mencatatkan hasil masing-masing sebanyak RM111.5 juta, RM122.9 juta, RM184.3 juta dan RM194.1 juta. Segmen B2C Synergy House telah menyaksikan pertumbuhan yang menggalakkan, dengan jualan mencecah RM49.6 juta pada TK2022 daripada RM1.99 juta pada TK2019 pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 192.17%.

Kenanga Investment Bank Berhad ialah Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin dan Ejen Penempatan untuk pelaksanaan IPO. – SM

(Visited 48 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button