Kemalanganpilihan

Remaja maut motosikal bergesel dengan rakan

Seorang remaja maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan rakannya di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA), Melaka di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superitendan Arshad Abu berkata, dalam Kejadian pukul 3.50 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Mohamad Haziq Rozi, 18, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah
di kepala.

Menurutnya, ketika kejadian mangsa bersama rakannya berusia 19 tahun menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 dalam perjalanan dari arah Ayer Keroh menuju Gangsa, Durian Tunggal.

“Sejurus tiba di tempat kejadian motosikal yang ditunggang mereka bergesel sesama sendiri menyebabkan kedua-dua terjatuh di atas jalan.

“Bagaimanapun, Mohamad Haziq disahkan meninggal di tempat kejadian manakala rakannya mengalami luka di seluruh badan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Arshad berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat.

Jelasnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – SM

(Visited 105 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button