Kecek

Isu Syria: Nasib ibu tunggal kudung

MASA terus berlalu, namun derita Heyam tetap sama. Bahkan dari hari ke hari beban yang digalas terus bertambah.

Dilahirkan dengan cukup sifat dan pancaindera. Malangnya konflik yang berlaku menyebabkan dirinya cacat.

Bom barel yang digugurkan tentera regim Bashar al Assad lapan tahun lalu menyebabkan sebelah kakinya kudung!!!.

Ketika dia bertarung dengan ajal, semangatnya untuk bangkit begitu kuat.

Keazaman untuk bersama anak-anak dan suami menjadi pendorong wanita yang berasal bandar Kafr Nbouda, berusaha menjalani hidup seperti ibu dan isteri yang lain.

Namun, imannya terus diuji.

Suami yang selama ini menjadi tempat Heyam dan keluarga bergantung, dipinjamkan hanya seketika kerana turut menjadi mangsa konflik.

Lebih terasa, ketika meninggal anak keempatnya masih berada dalam kandungan.

Kini si bongsu, Emir telah berusia setahun lebih dan Heyam terus tabah untuk meneruskan amanat suami dan Allah untuk membesar semua anak-anaknya.

Akibat serangan dan selepas tempatnya di utara Idlib ditawan tentera rejim, dia dan keluarganya terpaksa melarikan diri ke tempat selamat.

Setahun selepas kisahnya dipaparkan, nasib Heyam tidak banyak berubah bahkan cabaran terus bertambah kerana ketika ini, sama seperti kita di sini, dia turut berdepan dengan wabak Covid-19.

Bezanya di Malaysia, kerajaan masih berusaha untuk menjaga rakyat, sedangkan di utara Syria, rejim Bashar berterusan melancarakan serangan tanpa mengira masa dan ketika.

Bersama jutaan pelarian lain di sana, bagaimanakah keadaannya bersama anak-anak kecil?

Jika ada tempat berteduhpun, ia hanya mampu melindungi diri dari panahan matahari sedangkan di musim dingin mereka memerlukan khemah yang dapat menahan haba. Itu belum kira keperluan makanan, pakaian, bahan api dan pemanas.

Tanpa benda asas ini, mereka akan mati kesejukan.

Di serata dunia, kisah-kisah seperti Heyam semakin hari semakin tenggelam kerana penderitaan mengenai mangsa konflik di Syria tidak lagi dilihat sebagai bahan berita yang boleh “dijual” dan memberi pulangan komersil di media arus perdana.Foto Bawaba.Hamah. – SM

 

(Visited 350 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button