NasionalNegeri

Pembantu setor hilang RM15,000 panik “digertak” Macau Scam

Lagi kes Macau Scam, kali ini melibatkan seorang pembantu setor yang terpedaya dengan “gertakan” kumpulan sindiket ini.

Akibat panik maka RM15,000 lesap dari akaun banknya sehingga jatuh ke tangan sindiket Macau Scam.

Modus operandi ini masih sama, pembantu setor ini telah dihubungi menerusi panggilan telefon oleh seseorang yang mengaku “pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pegawai polis”.

Perkara ini didedahkan oleh Ketua Polis Daerah Padang Besar, Assisten Komisioner, Mohd Shokri Abdullah dalam kenyataan di sini petang ini.

“Pemuda berusia 26 tahun ini telah membuat laporan polis ekoran kejadian yang menimpa dirinya ini pada kira-kira pukul 12.45 tengah hari semalam (31 Julai),” katanya.

Katanya, semasa dihubungi oleh sindiket ini dikatakan nama dan kad pengenalan milik mangsa telah digunakan untuk tujuan pendaftaran sebuah syarikat.

“Mangsa menafikan perkara ini sehinggalah panggilan semasa itu disambungkan ke talian Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka untuk membuat laporan polis mengenai penyalahgunaan nama dan nombor kad pengenalan mangsa,” kata Mohd Shokri.

Beliau berkata, mangsa diberitahu oleh “pegawai polis IPK Melaka” bahawa syarikat yang didaftarkan atas nama mangsa terlibat dalam kes pengedaran dadah dan pengubahan wang haram.

Katanya, mangsa kemudiannya diminta untuk memindahkan wang simpanan dari semua akaun bank miliknya ke satu akaun bank yang diberikan untuk tujuan audit.

“Mangsa akur dengan arahan sindiket itu dan telah membuat dua kali transaksi pindahan wang ke satu akaun yang diberikan di mana keseluruhannya berjumlah RM15,000,” katanya.

Katanya, selepas pindahan dibuat, panggilan telefon dimatikan dan mangsa gagal untuk menghubungi sindiket.

Mohd. Shokri berkata, hasil semakan melalui “semakmule.rmp.gov.my” pihaknya telah mendapati telah terdapat satu laporan polis ke atas nombor akaun yang digunakan oleh sindiket sebelum
ini ke atas mangsa lain.

Katanya, kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) kerana menipu. – SM

(Visited 486 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button