Hiburan

Khabar Angin Kononnya Laudya Cynthia Bella Berkahwin Timbul Pelbagai Kontroversi

Pelakon wanita kecik molek Indonesia, Laudya Cynthia Bella yang terkenal dengan lakonannya dalam drama air mata dikhabarkan sudah bernikah dengan seorang lelaki dari Dubai, Arab Saudi.

Berita perkahwinan ini mula timbul selepas rakan pelakonnya, Shireen Sungkar memuat naik satu video kononnya Laudya Cynthia Bella telah menetap di Dubai.

“Tahu tak saya ada kawan dari Jakarta bernama Laudya Cynthia Bella tetapi di Jakarta susah sangat nak jumpa dia. Akhirnya berjumpa kami di Dubai,” ujar Shireen Sungkar.

Menerusi video tersebut, Bella terus menjawab Alhamdulillah sekali gus menjadi tanya tanya para peminat apakah pelakon itu juga sudah berkahwin di Dubai.

Hal ini demikian kerana sebelum ini terdapat video membabitkan seorang pengantin perempuan yang wajahnya kelihatan samar-samar keluar dari kereta dengan memakai gaun pengantin berwarna putih.

Terdapat beberapa pihak mengatakan wanita berkenaan adalah Bella namun berita itu segera dinafikan oleh pihaknya dan dikukuhkan pembantu peribadi Bella dengan menggelar video itu adalah fitnah semata-mata.

“Maaf, itu berita yang sangat tidak benar, semoga kita semua terhindar dari fitnah. Barakallahufik,” kata pembantu perbadi Bella, Rita.

Sementara itu, Zaskia Sungkar yang merupakan sahabat Bella pernah memberitahu bahawa bekas istri Engku Emran itu masih belum mahu membina rumah tangga.

Walaupun Bella sering berkenalan dengan mana-mana lelaki namun dirinya masih sibuk mendalami ilmu agama.

“Kami sering jodohkan dia dengan kawan-kawan tetapi dia tak nak sangat dan sentiasa istiqamah. Bella sangat tenang (cool) dan masih fokus belajar tentang Al-Quran,” kata Zaskia Sungkar.

(Visited 381 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button