Kecek

Ghoutah : Dalang serangan senjata kimia masih berkuasa!

KETIKA sebahagian besar penduduk Ghoutah di pinggir ibu negara Damsyik cuba melelapkan mata di awal pagi 21 Ogos, 2013, mereka dikejutkan dengan bunyi serangan roket.

Cukup dikenali sebagai kawasan yang menjadi kubu kuat kumpulan penentang, bunyi letupan bukan perkara pelik dan serangan yang tidak dijangka adalah perkara lumrah kerana itulah harga yang perlu mereka bayar kerana menentang rejim Bashar al Assad.

Penggunaan senjata kimia ke atas orang awam di Syria tiada penamat kerana selepas Ghoutah, beberapa tempat lain seperi Kafr Zita, Khan Sheikhoun dan Douma telah menjadi sasaran rejim menggunakan gas beracun untuk membunuh rakyatnya.

Dalam sekelip mata sekitar jam 2 pagi, suasana yang sebelumnya agak tenang, tiba-tiba menjadi hingar-bingar, seorang demi seorang tumbang selepas beberapa ketika roket yang dilancarkan jatuh mengenai sasaran.

Impaknya sungguh besar kerana ia tidak membawa membawa bahan letupan konvensional sebaliknya senjata kimia terlarang, gas sarin.

 

 

Sebahagian mangsa yang lena di saat serangan dilancarkan, tidak lagi bangkit kerana mati kerana terhidu gas beracun.

“Ketika itu awal pagi 21 Ogos, saya tidak dapat tidur dan melayari internet dan perasan beberapa berita baru di media sosial.

“Dalam sekelip mata saya nampak video baru dari Zamlka, Ein Tarma dan Irbin di barat Ghouta menunjukkan orang awam kejang dan pengsan mata terbeliak dan buih keluar dari mulut. Saya tidak percaya kerana ia berlaku hanya 20 kilometer dari rumah saya”, kisah itu dikongsi Ameenah Sawwan dalam tulisannya “I survived the 2013 chemical attack on Ghouta” di Al Jazeera pada 23 Ogos 2019.

Sepanjang tempoh 24 jam, 1,127 nyawa orang awam melayang dan jumlahnya terus bertambah.

Dalam serangan berkenaan, dianggarkan lebih dua ribu penduduknya telah menjadi korban dan beribu lagi cedera dalam siri pembunuhan beramai-ramai paling buruk menggunakan senjata kimia ke atas orang awam selepas Perang Iran-Iraq.

Berdasarkan hasil siasatan para penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kumpulan berkenaan mengesahkan bukti kukuh dan jelas penggunaan gas sarin yang dilancarkan menggunakan roket.

Pada 2014, dalam laporan Majlis Hak Asasi PBB mendapati sejumlah gas sarin telah digunakan dengan secara terancang dengan menjadikan kawasan orang awam sasaran bagi menyebabkan kematian dalam jumlah yang ramai.

Siasatan yang dilakukan juga menemukan petunjuk wujud kesamaan dengan stok yang berada dalam simpanan tentera rejim.

Lebih dari itu, laporan berkenaan mendedahkan bahan yang kimianya menampakkan ciri yang sama dengan apa yang digunakan dalam serangan Khan al Assal pada awal 2013.

Namun seperti yang dijangka, Damsyik bersama sekutunya Moscow mendakwa ia angkara yang dilakukan kumpulan penentang anti kerajaan.

Mengulas dakwaan berkenaan Ake Sellstrom, ketua misi PBB yang menyifatkan penjelasan itu sebagai teori yang amat lemah.

Kini selepas tujuh tahun, dalang pembunuhan beramai-ramai di Ghouta masih bebas dan berkuasa.

Penggunaan senjata kimia ke atas orang awam di Syria tiada penamat kerana selepas Ghoutah, beberapa tempat lain seperi Kafr Zita, Khan Sheikhoun dan Douma telah menjadi sasaran rejim menggunakan gas beracun untuk membunuh rakyatnya.

Serangan dan pembunuhan ke atas orang awam tidak pernah terhenti di Syria kerana bagi rejim dan konco-konconya, itu harga yang perlu dibayar rakyatnya kerana bangkit menentang kuasa diktatornya.

Mereka mesti dibunuh dan tidak layak untuk hidup di negara sendiri! Foto FB Muhammad Najem. – SM

(Visited 300 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button