Nasional

Isteri suspek kes tembak di KLIA masih trauma

ISTERI kepada suspek kejadian tembak di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengaku masih trauma dengan kejadian itu.

Wanita yang dikenali sebagai Ustazah Farah Cie berkata, ada menerima banyak mesj dari kenalan dan keluarga namun tidak mampu membalasnya kerana masih lagi trauma.

Mohon maaf mesej bertalu tidak terbalas. Masih trauma kejadian di depan mata,” katanya di Facebook hari ini.’

Dia juga memberitahu, pengawal peribadi yang terkena tembakan masih tidak sedarkan diri

“Sama-sama kita doakan kesembuhan Along sihat sedia kala,” ujarnya.

Malah kata Farah Cie, dia dinasihatkan oleh peguam agar tidak membuat sebarang kenyataan mengenai kejadian tembakan yang berlaku.

Oleh itu dia meminta orang ramai merujuk kepada kenyataan rasmi pihak polis jika mahu mengetahui sebarang perkembangan mengenai kes tersebut.

“Suspek sedang dalam buruan, rujuk setiap kenyataan rasmi pihak polis yang sahih.

“Saya menerima nasihat daripada pihak peguam untuk tidak membuat sebarang kenyataan berkaitan kes ini sementara waktu,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi Ahad lalu, seorang lelaki melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena lelaki tempatan yang juga pengawal peribadi kepada isterinya.

Pengawai peribadi itu dilaporkan kritikal akibat kecederaan parah yang dialami dan kini menjalani rawatan di Hospital Cyberjaya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata polis telah melancarkan operasi mengesan lelaki itu selain mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah di kawasan negeri berhampiran serta sempadan negara untuk menjejakinya. – SM

(Visited 31 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button