MahkamahNasional

Perhimpunan ‘Bossku’ tiada permit, polis panggil pengajur

POLIS akan memanggil penganjur perhimpunan penyerahan memorandum oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di Istana Negara semalam untuk dirakam keterangan.

Ketua Polis Brickfields, ACP Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya mendapati penganjur perhimpunan, Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara tidak mengemukakan sebarang permohonan untuk berhimpun.

“Perhimpunan pada pukul 2 petang itu menghimpunkan seramai 300 peserta lengkap berpakaian serba hitam, sambil melaungkan “Hidup Najib dan Bossku”.

“Pihak polis menyeru orang ramai supaya tidak berkumpul atau mengadakan sebarang perhimpunan tanpa kebenaran yang sah,” katanya.

Beliau berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman.


Media semalam melaporkan, perhimpunan di luar pintu masuk 3 Istana Negara itu menyebabkan kesesakan trafik luar biasa.

Perhimpunan itu bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memohon pengampunan diraja terhadap bekas perdana menteri Najib Razak sehari selepas beliau dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta berhubung penyelewengan dana RM42 juta SRC International. – SM

 

(Visited 111 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button