Luar Negara

Insiden ditikam, Salman Rushdie mungkin buta sebelah mata

NAMA Salman Rushdie, penulis buku bertajuk “The Satanic Verses” yang mencetuskan perhatian dunia dilaporkan kemungkinan buta sebelah mata ekoran diserang dalam satu kejadian di New York.

Ekoran daripada serangan yang sama itu, Salman yang cedera kini menggunakan mesin ventilator selain tidak boleh bercakap lapor media.

Pada Jumaat lalu, Salman ditikam dua kali ketika hendak menyampaikan syarahan di Institusi Chautauqua di barat New York, lapor Sputnik.

“Salman berkemungkinan akan buta sebelah mata; saraf di lengannya putus dan hatinya rosak selepas ditikam,” kata ejen Rushdie Andrew Wylie kepada The New York Times.

Salman ialah penulis kelahiran India yang terkenal dan memenangi pelbagai hadiah sastera serta pernah mencetuskan kontroversi menerusi buku tulisannya “The Satanic Verses” yang dikatakan menghina Islam. – SM


 

(Visited 118 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button