fbpx
Luar Negara

China sembunyi fakta Covid-19: Dr. Li Meng Yan melarikan diri ke Amerika

SEORANG pakar perubatan China yang kini melarikan diri ke Amerika Syarikat (AS) mendakwa negara republic itu menyembunyikan fakta mengenai Covid-19.

Dr. Li Meng Yan memaklumkan bahawa beliau antara individu yang paling awal menjalankan kajian mengenai Covid-19 pada tahun lepas. Namun Meng Yan mendakwa hasil kajiannya disekat.

Menurutnya lagi, pegawai di sebuah institut kesihatan Hong Kong melarangnya daripada bersuara apabila dia cuba memberi amaran mengenai transmisi Covid-19 dalam kalangan manusia.

“Saya menyampaikan mesej sebenar mengenai Covid-19. Jika mesej ini saya sebarkan di Hong Kong, saat saya mula melakukannya, saya akan hilang dan dibunuh, tiada yang dapat mendengar maklumat ini lagi.

“Jadi bagi tujuan ini, saya melarikan diri ke Amerika Syarikat dan memberitahu perkara sebenar mengenai Covid-19 bagi membolehkan dunia tahu betapa bahayanya virus ini.


“Kebanyakan masa pesakit tidak mendapat rawatan yang tepat pada masanya, tiada perlindungan kepada pakar perubatan dan pesakit.

“Kerajaan tidak membenarkan maklumat seperti ini disebarkan. Doktor berada dalam ketakutan, saya sangat kecewa,” katanya secara  panjang lebar.

Walaupun kini berada di Amerika, Meng Yan menggambarkan dirinya masih berada dalam keadaan ketakutan dan mendakwa nyawanya terancam.

Covid-19 telah menyebabkan lebih setengah juta kematian di peringkat global. Bagaimanapun ramai berpendapat angka kematian sebenar lebih tinggi daripada angka rasmi yang dilaporkan. – SM

Show More

Related Articles

Back to top button