Hiburan

Kes curang Sabyan tidak menghalang untuk adakan konsert di Malaysia

Walaupun pernah dikaitkan dengan kontroversi namun tidak menghalang kumpulan Sabyan dari negara sebenarang, Indonesia untuk terus berkarya dan menghiburkan para peminat.

Sering kali kita mendengar alunan muzik berkonspekan kerohanian yang tidak jemu di dengar semasa majlis-majlis perkahwinan, acara rasmi mahupun majlis-majlis ilmu oleh kumpulan bernuasa Islamik.

Dianggotai 3 pemuzik berbakat, bakal mengadakan konsert ‘Sabyan Live In Malaysia’ yang bertemakan ‘Alunan Puitis Cinta Illahi’ pada 26 Ogos 2023, Jam 8.30 Malam bertempat di Melaka International Trade Centre (MITC), Dibawakan khas oleh pihak penganjur Paksi Jayamas Sdn .Bhd.

Perasmian acara Sabyan, bakal mengadakan konsert di Melaka pada Ogos ini
Perasmian acara Sabyan, bakal mengadakan konsert di Melaka pada Ogos ini

Menurut vokalis utama kumpulan tersebut, Nissa, idea di sebalik konsert ini datangnya dari pihak penganjur sendiri yang mencadangkan lokasi luar kota raya, iaitu negeri bersejarah, Melaka, dan ia selaris dengan mempromosikan ‘Tahun Melawat Melaka 2014’.

‘’Malam konsert tersebut mengangkat tema istemewa ‘Alunan Puitis Cinta IIlahi’ yang dijangkakan akan memberi suatu momen indah buat penonton yang bakal hadir ke konsert.

“Kami juga sudah mempersiapkan material sejak dari bulan April lagi dengan pemilihan lagu-lagu terbaik Sabyan berserta susunan muzik yang baharu khusus buat pengunjung konsert nanti.” Jelasnya.

Bukan sahaja dari segi Audio yang akan memberi kejutan malah turut mengadakan visual istimewa buat mereka yang hadir pada malam konsert itu.

Selain itu kumpulan tersebut mengharapkan agar mana-mana penggemar muzikberlainan genre dapat hadir ke konsert mereka serta dapat menjadi inspirasi yang bermanfaat buat agama Islam, bangsa dan negara.

Lagu gubahan Daqmie diangkat jadi lagu nasyid terbaik

(Visited 146 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button