Nasionalpilihan

KKDW fokus tangani kemiskinan bandar dan tingkatkan kebolehpasaran produk pendidikannya

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) perlu mempunyai hala tuju dan pendekatan baharu bagi menangani masalah kemiskinan di negara ini. Ini kerana data terbaharu telah menunjukkan peratusan kemiskinan di dalam bandar (urban) telah menyamai peratusan kemiskinan luar bandar.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendekatan baharu yang diwujudkan perlu dibuat tanpa meminggirkan prinsip-prinsip asal kewujudan KKDW.

Menurutnya, Majlis Amanah Rakyat (MARA) umpamanya agensi yang penting dalam KKDW.

“Melalui Akta MARA yang telah dibawa ke Parlimen pada tahun 1966, MARA telah berkembang begitu besar multi dimensional aproach.

“Segalanya dibuat untuk mempertingkatkan empat aspek utama yang menjadi misi kepada Mara iaitu pendidikan, keusahawanan, pengurusan dan perniagaan,” katanya.

Selain dari MARA, beberapa agensi lain dibawah KKDW juga seperti FELCRA, RISDA dan beberapa lagi agensi wilayah seperti PERDA, KETENGAH, KEJORA KESEDAR dan KEDA dapat menetengahkan fokus baharu dalam proses upskilling dan rescaling masyarakat luar bandar.

Manakala agensi kemasyarakatan seperti KEMAS terus memainkan peranan untuk soal opinion leaders dikalangan masyarakat desa.

Memandangkan KKDW juga menawarkan sistem pendidikan dari prasekolah hingga pendidikan tinggi melaluli Tadika Kemas, MRSM, UniKL dan beberapa Institusi Pendidikan TVET. Pihak kementerian juga akan memastikan pelajar lepasan institusi-institusi ini akan dibekalkan dengan kemahiran yang selari dengan keperluan semasa supaya nilai kebolehpasaran yang tinggi serta sesuai dengan keperluan industri dimana pada masa ini ia telah mencapai tahap lebih dari 89% kebolehpasaran.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sesi Sembang Santai KKDW Bersama Media di Menara Kuala Lumpur semalam.

Artikel berkaitan > Zahid Hamidi suntik semangat baharu KKDW

(Visited 240 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button