Hiburan

Berbasikal rentas daerah, Bella Dally ditahan polis

SELEPAS dikecam netizen selepas memuat naik gambar berbasikal hingga ke Genting Sempang, Pahang semalam, Bella Dally nampaknya telah dikenakan tindakan hari ini.

Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally, 29, ditahan bagi membantu siasatan polis terhadap tindakannya yang melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Kosmo! yang memetik sumber melaporkan, siasatan mendapati kedua-dua wanita itu bergerak dari kediaman masing-masing di Dutamas menghala ke sebuah restoran yang terletak berhampiran Hospital Orang Asli, Gombak.

“Mereka meletakkan kenderaan di sana sebelum berbasikal melalui Jalan Gombak Lama ke Genting Sempah.

“Kira-kira lebih 10 Kilometer mereka berbasikal sebelum patah balik ke kenderaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe turut mengesahkan tangkapan pelakon tersebut. -SM

(Visited 344 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button