Nasional

43 individu berhibur malam krismas dikompaun RM1,000

SEBANYAK 43 individu dikompaun RM1,000 kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di dua lokasi di Petaling Jaya, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, kumpulan pertama ditahan kira-kira pukul 2.30 pagi.

“Sebanyak 16 individu warga tempatan didapati berkumpul dan membuat bising di kawasan Taman Bukit Gasing, Petaling Jaya.

“Kesemua meeka telah dikompuan sebanyak RM1,000 di bawah Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) No.8 2020,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, pihaknya kemudian membuat serbuan kedua kira-kira pukul 3.25 pagi di sebuah pusat hiburan di kawasan Seksyen 10, Petaling Jaya.


Jelasnya, sebanyak 27 orang yang terdiri daripada 19 lelaki dan 8 wanita didapati sedang leka berhibur dan minum arak.

“Pemeriksaan lanjut mendapati premis beroperasi di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Premis juga didapati tidak mempunyai lesen pusat hiburan yang sah serta tidak mempunyai lesen menjual minuman keras,” katanya.

Tambahnya, selain kompuan, pihaknya turut merampas 16 botol arak pelbagai jenama dan peralatan audio. -SM

(Visited 85 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button