Nasional

3 rakyat Malaysia, 83 rakyat Thai terkandas di Mynmar diterbangkan ke Bangkok hari ini

SEKUMPULAN 83 warga Thailand dan tiga rakyat Malaysia yang terkandas di Laukkaing, utara Myanmar berikutan pergolakan di wilayah itu akan diterbangkan ke Bangkok, Thailand, hari ini.

Ini berikutan pertempuran sengit antara tentera junta dan kumpulan bersenjata etnik di Myanmar yang memaksa Thailand memindahkan lebih 200 warganya keluar dari Laukkaing.

Kementerian Luar Thailand dalam kenyataannya berkata, Kedutaan Diraja Thailand (RTE) di Yangon yang menyelaras dengan agensi-agensi berkaitan dan negara-negara jiran, berjaya membantu kumpulan itu meninggalkan Laukkaing.

“Kumpulan itu kini selamat berlepas dari Myanmar dan akan diterbangkan ke Thailand dengan penerbangan sewa Thai Lion Air dan dijangka tiba pada jam 1.40 pagi (waktu tempatan) pada Isnin,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, Polis akan memudahkan prosedur kemasukan mereka dan memulakan saringan pemerdagangan orang melalui Mekanisme Rujukan Kebangsaan (NRM) serta untuk rekod jenayah.

Sementara itu, Bernama difahamkan, terdapat tiga rakyat Malaysia dalam kumpulan itu yang akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang, hari ini.

Berikutan pertempuran sengit antara tentera junta dan kumpulan bersenjata etnik di Myanmar, Thailand memindahkan lebih 200 warga Thailand dari Laukkaing.

Pada 1 Disember lalu, seramai 121 rakyat Malaysia berumur antara 20-an dan 50-an, kebanyakannya mangsa penipuan pekerjaan yang terkandas di Laukkaing dipindahkan dan dibawa pulang ke tanah air.

Mereka termasuk seorang warga Indonesia yang diterbangkan ke Malaysia melalui penerbangan khas AirAsia dari Kunming, China. – SM

BACA 17 PATI Myanmar, dua tekong ditahan di Felda Chuping

BACA 121 mangsa penipuan di Myanmar selamat dibawa pulang

(Visited 51 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button